Nota 5: Sediakan wang kecemasan!

,
Anda perlu mempunyai wang kecemasan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 6 bulan sara hidup anda (dan keluarga sekiranya anda mempunyai keluarga).
Ini kerana, secara purata seseorang akan bertukar kerja dalam lingkungan 10 kali seumur hidup.
Macam-macam boleh berlaku, seperti majikan terpaksa berhentikan anda, tempat kerja terpaksa tutup atau anda terpaksa berpindah. Tidak kira apa pun sebabnya, anda mesti mempunyai bekalan wang kecemasan untuk menampung kehidupan anda sekiranya perkara yang tidak diigini.

Langkah-langkah untuk menyimpan wang kecemasan
  1. Lakukan kiraan jumlah wang yang diperlukan untuk menyara hidup anda dan keluarga dalam sebulan.

  2. Kemudian, gandakan dengan tiga.

  3. Jumlah tersebut adalah jumlah yang perlu diketepikan untuk tabung kecemasan.

Sebaik-baiknya gandakan dengan ENAM!

Nota 4: Capai financially free(Kewangan Mandiri)

,
Matlamat pertama anda adalah untuk menjadi financially free.. atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan sama sahaja. Ada juga antara kita tidak mahu menjadi jutawan. Kalau tidak mahu menjadi jutawan pun tidak mengapa, itu terpulang kepada individu.

Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan bermaksud pendapatan residual(pendapatan pasif) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain walaupun kita tidak perlu bekerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan kita.

Contoh:
Sekiranya kos sara hidup anda sekeluarga sebanyak RM2,000.00, anda perlu memiliki pendapatan pasif anda melebihi RM2,000.00 :

  1. Mungkin dalam pelaburan unit amanah anda mempunyai RM200,000.00. Ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM 1,600.00 sebulan

  2. Mungkin anda juga mempunyai dua buah rumah sewa. Sebuah rumah sewaannya sebanyak RM400. Maka, jika dua buah rumah sewa, pendapatan anda dalam sebulan adalah sebanyak RM800.

Dengan dua pendapatan pasif diatas, jumlah pendapatan menjadi RM2,400 sebulan. Dengan ini anda telah menjadi financially free kewangan mandiri atau bebas kewangan!





Anda tidak perlu bekerja lagi seumur hidup!
Capai bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!


Nota: Orang yang berpendapatan besar dan banyak tetapi hanya berkenderaan murah dan berumah seadanya. Itulah sebenarnya orang yang kaya!

Nota 3: Masalah kewangan!

,
Apabila dilanda masalah kewangan, seseorang itu biasanya akan melalui 5 peringkat.

Peringkat 1: Tidak dapat menerima hakikat.
Mereka tidak mahu menerima hakikat tentang masalah yang melanda mereka.

Peringkat 2: Perasaan marah.
Berasa marah akibat keadaan kewangan yang dialami biasanya perasaan itu diluahkan kepada orang yang berada disekelilingnya atau keluarga. Kadangkala boleh menimbulkan pergaduhan.

Peringkat 3: Menyalahkan orang lain atau keadaan.
Mereka menyalahkan orang lain atau keadaan dan tidak merasakan diri mereka yang bersalah.

Peringkat 4: Berfikiran positif dan rasional.
Apabila perasaan marah kian reda, mereka mula berfikiran secara rasional semula dan dapat mengawal keadaan kewangan dengan lebih baik.

Peringkat 5: Mula sedar dan ambil tindakan.
Peringkat terakhir adalah apabila mereka yang mengalami masalah kewangan, sedar akan keadaan sebenar dan bertekad untuk mengambil tindakan memeperbaiki keadaan kewangan.

Nota: Ia bergantung kepada individu sama ada melalui kelima-lima peringkat ini dalam masa yang pantas ataupun ada juga mengambil masa yang bertahun-tahun untuk melalui kelima-lima peringkat ini.
Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, letakkan 100% tanggungjawab pada diri anda sendiri dan capai peringkat ke-5 secepat mungkin.

Nota 2: Bersama mereka yang mempunyai kewangan yang sihat!

,
86% daripada kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya. Untuk mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat seseorang itu haruslah bergaul dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup kewangan yang sihat.


Pepatah mat saleh berbunyi "IF you would like to fly with the eagles, don't flock with the turkeys".

Begitu juga halnya dengan kewangan. Kita perlu bersama mereka yang mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat. Tidak semestinya mereka adalah orang kaya, tetapi yang paling penting mereka mempunyai pengurusan kewangan yang baik dan tidak boros.

Bukan kita tidak boleh bercampur dengan mereka yang tidak mempunyai kewangan yang sihat, cuma takut-takut suatu hari nanti kita terikut-ikut dengan cara mereka pula.

"Kita memilih atau menolak kawan bukan kerana dirinya sebagai seorang insan atau individu. Tetapi kerana sikap, tabiat dan cara hidupnya yang tidak sihat yang akan mempengaruhi dan mencorak kehidupan kita. Sesungguhnya rakan itu ibarat cermin."