Isnin datang lagi! Letihnya..

Ermm...ari nih aku bgn lewat mlas jer rasa nak bgun td, sebab asyik ari-ari bangun awal memang jrg sangat dapt bgun lewat. Klu dapt bangun lewat sekali-sekala tuh kira cukup rahmat la kerja mcm aku ni. Tadi datang pagi-pagi kat jalan umah aku tuh dah jem...suasana yang cukup sinonim dekat Jalan Jelatek tuh, kalau mcm hari cuti sabtu, ahad or cuti sekolah memang lengang jalan kat depan rumah aku tu. Kalau ari bekerja nih mula dari 6.30 pagi sampai 9.00 pagi memang jem gila jalan tuh. Macam semut jer aku tgok keta2 kat situ.

Sampai jer kat ofis aku baru tukar pakai uniform, aku sekarang dah memang jarang pakai uniform dari rumah terus, sebab malas la uniform baru nih panas gila, lagi satu sebab aku tak minat la pakai uniform yang baru ni. Hehehehe, sebenarnya aku lebih suka pakai uniform yang baju warna putih dan seluar blueblack, macam best jer pakai uniform macam tu dari pakai vestmollen(entah betul ke tak ejaan tu) nih.Lepas pakai uniform aku pun Bersedia Untuk Berkhidmat! ekekekeke ayat skema la plak!

Tengok tak ada fail yang nak uruskan lagi so aku pun dok la lepak kat bilik gerakan, tengok2 ada plak folder surat yang aku tak baca lagi n tak sign...mulanya nak jer aku sign jer terus malas nak baca surat-surat nih, tapi bila tgok surat dalam tuh tak banyak sangat aku pun belek la sehelai-sehelai. Baca punya baca jumpa 1 surat yang menarik perhatian aku berkenaan Sistem Semakan Status Perjalanan, x silap aku la...nih sistem baru nih untuk jabatan aku, kiranya jabatan aku nih dah melangkah sekaki ke hadapan la hehehe.Bagi yang nak tau pasal sistem ni meh aku storykan!

Sebenarnya sistem ini diwujudkan sebab ramai sangat warganegara malaysia yang nak keluar dari malaysia tetiba terkandas kat airport kerana pelbagai masalah antaranya muflis, kes-kes mahkamah, kes hutang dengan ptptn dan banyak lagi kes-kes yang tidak membenarkan diorang meninggalkan Malaysia la kalau aku nak senaraikan banyak sangat!. Tapi cuba kita bayangkan......ada sesetengah orang tuh sebenarnya dah buat plan awal-awal sebelum tinggalkan malaysia, umpamanya meeting ker, ataupun jumpa rakan perniagaan ker tetiba terkandas kat airport mesti la orang tuh benggang kan? Jadi..sistem nih diwujudkan untuk memudahkan warganegara malaysia sebelum buat apa-apa plan nak ke luar negara periksa dulu di Sistem Imigresen Malaysia sama ada nama mereka disenaraihitamkan atau tidak. Lepas tuh senang la mereka plan benda-benda lain lagik, tak la sampai masa nak ke luar negara semua dah rancang tiket semua dah ada tetiba kena tahan kat lapangan terbang! Jadi bagi sesapa yang nak check leh lawat laman web Jabatan Imigresen Malaysia or klik jer kat gambar tuh untuk semak status! Aku dah check status tuh clear! Jom travel bersama aku....hehehe

1 komen:

  1. thanks bro..bagus pautan nih...tq..tq..u know me...

    ReplyDelete