Balik KL!

Huhh..penatnya, tadi pkul 3 petang tadi baru sampai KL. Mcm tak puas jer cuti 2 Hari 1 malam kat umah aku di penang hehehe. Kejap je cuti ni rasanya...tak puas la dok penang, rasa macam nak cuti seminggu jer. Ahhhh boringnya KL, rasanya di KL ni masa cepat sangat berlalu, rasa macam tak sempat jer nak kejar. Nih lepas sampai KL td balik rumah terus siap-siap datang ofis, kat KL ni ujan la plak nasib baik masa aku nak kuar dari rumah tadi hujan dah slow sket. Klau tak memang kuyup punya la sampai putrajaya nih! Tapi puas hati jugak la dapat lepak kat umah walaupun kejap, dapat sembang ngan mak bapa aku walaupun kejap jer, ni windu la plak sbb sekejap jer dapat tengok muka mak ayah.

Ermm..nih pun ada gak rasa ngantuk sket-sket sebab semalam tido tak cukup sebab lepak-lepak ngan Pak Adam n The Geng..Lama x sembang-sembang ngan pak adam ni. Pak adam nih sebenarnya ialah ayah kepada kawan perempuanku yg sama sekolah rendah ngan aku dulu. Nama kawan aku tu Sapura...Dulu masa belum kenal Pak Adam nih aku takut gak nak sembang2 ngan pak adam ni, pasal tgok jer muka Pak Adam ni mesti gerun gila. Muka dia garang sket, tapi lama-lama dah kenal ngan dia baru la kenal peribadi pak adam ni. Sebenarnya hati pak adam ni cukup baik, slalu gak nasihatkan aku. Sebab dari apa yang dia ceritakan kat aku memang dia nih dulu susah sangat gaji kecik ja tapi mampu juga bela anak 5 orang sampai semua dah besar sekarang. Dia dulu buat macam2 kerja punya nak tampung anak-anak dia, dari kerja buruh Majlis Perbandaran P. Pinang(MPPP) pagi...balik jer kerja MPPP tuh dia kuar plak umah pergi jual satay dengan kawan dia, dapat la upah RM20.00 sehari berniaga tapi dia tetap bersyukur dengan apa yang dia ada. Alhamdulillah lepas hampir stgah abad umur dia, dia pun dah mampu beli rumah ngan duit yang dia kumpul tu walaupun masih berhutang lagi untuk pembayaran rumah tu sekurang-kurangnya duit pencen yang dia ada cukup la menampung famili pak adam ni. Isteri Pak Adam nih pun masih kerja lagi, tapi aku tgok pak adam nih komited jer. Sentiasa merancang lebih awal...dia cakap aku lepas bini dia dapat duit EPF nanti dia mungkin nak berniaga plak. Dan bagi aku perancgan awal tuh cukup baik...aku pun klau bleh kalau nanti mampu berfikiran macam tu dan aku sentiasa berdoa apa yang pak adam rancangkan berjaya kelak.

Itulah serba sedikit tentang Pak Adam ni, dia jugak ada pesan kat aku...kalau kita nih nak otak kita ni bijak n cerdas makan la buah Epal Hijau. Aku pun nak mencuba...kata orang kekadang nasihat-nasihat orang tua ni kita kena dengar jugak. Semuanya mesti untuk kebaikan kita, kalau nak tau keberkesananannya kita kena cuba la betul tak? Aku nak g solat maghrib jap dah masuk waktu ni!

Leave a Reply