My NEW Life?!! Baru nak mula story balik!

Ermm.... lamanya tak update blog aku ni, ni kiranya macam Baru nak mula story balik la! hehehe. Bukan tak mau update cuma tak ada masa nak update. Lagipun baru-baru nih aku kena g Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) sebab nak hadirkan diri bagi Kursus Induksi. Letih gak la aku sepanjang 2 bulan ni. Dengan jadual kerja tak teratur lepas tuh baru balik dari aimm tuh aku kena wat praktikal plak kat semua bahagian kat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya tuh...huhuh leh dikatakan hampir 2 bulan gak la aku tak masuk ofis... Lepas tamat jer latihan praktikal tu, ingatkan leh la rehat rupanya tak dapat gak. Masuk keja ari pertama kat bahagian aku tuh balik, siap2 dah kena keja lebih masa jaga bilik gerakan. Memang xcukup rehat dibuatnya. Huh..

Tapi alhamdullilah semua aku lalui dengan tenang dan tabah. Aku juga sempat gak cuti untuk 5 ari lepak kat Penang.... jumpa member lama2 yang dah lama aku tak jumpa. Sempat gak aku jadi DJ kat Heboh Buku 2009 yang Penerbit USM(Majikan tempat lama aku) buat kat Dewan Utama Pelajar USM. Lama tak jadi DJ, awal2 tu aku kekok gak la, tapi bila dah seharian asyik bercakap jer dah x kekok langsung asyik merapu jer bila dapat 'mic' tuh hahahaha. nanti ada masa aku nak masukkan gambar sepanjang aku kat heboh buku tu kat dalam blog aku nih. Nantikannya ok.Ahhhhhhhhhhhh..........ngantuknya nak tido. Nite..Askum.

Leave a Reply