Rehat lama minggu ni!

Ah lega rasa, selepas seminggu asyik kerja jer.... Minggu nih dapat rehat 2 hari berturut, bes jer rasa. Lama tak rasa rehat cam nih. Tapi yang merungsingkan aku sekarang nak kena kumpul duit untuk raya plak adoi la, entahla raya ni aku nak bajet berapa plak untuk baju raya ngan duit raya untuk anak2 sedara aku. Minggu depan nak balik penang plak lagi la kurangOT, nasib baik ada bilik gerakan...minggu depan aku ingat nak pulun bilik gerakan sampai hari khamis tuh dapat la OT dalam20jam jadi la dari tak dapat apa2.

Start 20 @ 21ari bulan nih kita dah start posa, aku harap aku dapat la wattarawikh tahun ni dengan tenang klu tak asyik pkir kerja jer. Klu tak dapat buat full pun tarawikh dapat wat untuk setengah ramadhan pun jadila. Tahun lalu nak dapat wat setengah ramadhan pun tak dapat sebab asyik sibuk kerja jer. Bulan ramadhan tahun ni gak aku nak ambil kesempatan kuruskan badan aku. Aku pun dah tak selesa dengan badan aku yang semakin naik nih. Dulu masa nak datang KL aku janji kat diri aku kononnya nak diet, last2 naik yang bukan2 badan aku ni. Aku harap lepas ni aku dapat kuruskan badan aku sepenuhnya. Klu dapat kuruskan badan aku nih memang bagus selain nampak hensem(hehehe, perasan!), dapat gak jimat duit bab makan tu.

Start 1 September ni gak aku dah pindah rumah, dah tak duduk ngan member akuAril kat KL nih. Aku dah pindah ke apartment kat Seri Kembangan dekat sikit perjalanan aku nak g kerja kat Putrajaya tuh. Harap2 semua berjalan lancar, aku berterima kasih bebanyak kat member aku aril ni, masa dulu datang KL memang tak tau nak cari rumah kat mana.... last2 lepak la kat umah dia dekat setahun lebih sekarang ni baru nak dapat rumah sewa lain. Thank Aril! Ari ni Sabtu kejap lagi nak kuar ngan Baby aku, sebab tuh bangun awal nih. Bangun2 jer terus ngadap laptop just nak update blog nih hehehe. Oklah aku nak g mandi dulu! Ahhh...Sejuknya air katpancoq nih!

1 komen: