Baru berkesempatan nak update..

Lama jugak aku tak update blog nih bukan aku tak nak update tetapi aku tak ada masa nak update asyik sibuk ngan kerja! kerja! kerja!. Lagi satu sebab aku tak leh nak update, adalah disebabkan laptop baby yang aku pinjam untuk update blog nih dah kena curi. sial! Laptop tu kena curi awal ramadan lepas, tapi salah aku gak sebab tinggal dalam kereta baby aku masa nak berbuka puasa kat Hentian Rehat Sg. Buloh, last-last lepas bukak puasa datang balik kat kereta dah tak ada dah. Huh! Sedih n sayang gak laptop tuh, laptop tuh sentimental value baby aku sebab laptop tu la laptop dia yang pertama mak dia beli sebab nak sambung belajat kat uniti, hampir 6 tahun gak dia guna. Lepas tuh baru nak bg pinjam kat aku dah hilang. Tapi aku sempat gak la men 2-3 hari sebelum tu. Dah la tak nak fikir dah, lagi pikir lagi sakit hati.

Erm ari ni, ari pertama kerja isnin la katakan... hari membosankan awal2 pagi bangun macam letih sangat nak pergi kerja sebab pinggang aku nih macam sakit jer mungkin sebab sejuk kot, nak jalan pun macam susah jer. Nih la sebab kurang rehat macam2 sakit kena. Tapi ini namanya dugaan, mungkin sebab sebelum ni aku ada buat benda2 yang tak betul kot.. last2 allah bagi sket jer dugaan tapi sakit sangat! Bangun tadi pagi pun sakit jer pinggang aku(biarlah rahsia). Tapi lepas g kerja n ada wat kerja sket2 dah tak rasa sangat mungkin otot semua dah start aktif kot, jadi takla sakit sangat.


Cerita bab sakit2 ni, baby aku pun tgh sakit gastrik tak baik2 lagi dah dekat 2 hari. Hari sabtu lepas dah g klinik tapi sampai hari ni tak sihat lagi. Lepas tu tadi dia ada call aku dia cakap dah nak demam plak. Mungkin ni pasal salah makan n tak cukup rehat. Yerla dah sakit macam mana nak cukup rehat. Aku pun lebih kurang macam tuh gak bila sakit jer mesti malam tak leh tido lepas 2 nanti g kerja mata bengkak nak wat kerja pun x boleh. Last2 masuk bilik rehat kat ofis aku tuh layan tido lagi baik. Hehehehehe....

Bulan ni gaji awal plak.... nak kena tunggu bulan depan 25 aribulan baru nak gaji. adoi la macam mana nak badget nih aku tgah pening. Tapi apa2 pun hidup kena teruskan. Bulan depan pun raya haji. Aku ingat nak amik cuti rehat hari isnin lepas raya haji tuh, sebab nak rehat lama skit kat kampung harap tak ada la masalah bos aku nak sain surat hijau(surat cuti) aku. Malam nih aku nak tido awal. Macam letih sangat sebab mungkin aku x cukup tido kot semalam, jadi malam nih kena tido awal, badan pun macam lenguh2 dah nih. Aku tido dulula dah letih sangat dah nih

1 komen:

  1. mm,so sad la sayang bout my ladtop.but, wat can we do..jus terima saja la..

    ReplyDelete