BMW best gila!

Dengar BMW ingat keta BMW ker? Hehehe, tapi sebelum dapat menaiki kereta BMW kita kena buat BMW jugak iaitu BMW = Bijak Mengurus Wang, aku ada baca beberapa blog milik bakal-bakal jutawan malaysia dan juga jutawan malaysia antaranya blog Irfan Khairi, Mohd Shuhaimi dan Azizi Ali, boleh dikatakan banyak jugak tips dan cara yang diajar oleh mereka dan boleh aku dan korang praktikan dan salah satu tips yang hebat nih aku sempat tulis kat blog aku nih. Tapi cara menyimpan nih aku amik dekat web KCLau.com ok gak la klu korang nak amalkan cara menyimpan macam ni cuma dia bergantung pada korang la bagaimana korang boleh menjadi 'DUNGU' atau berdiam diri kalau dah lihat duit semakin banyak dalam simpanan jom baca tips Menyimpan Cara 'DUNGU' oleh KCLau.

Menyimpan Cara 'DUNGU'

Alice bukan seorang pelajar yang pintar. Dia berhempas-pulas menghabiskan sekolah tingginya. Tanpa segulung diploma mahupun sijil, dia bekerja di firma guaman dan hanya peroleh RM1000 sebulan. Tugasnya amat mudah, seperti photostat dokumen dan kerja-kerja biasa di pejabat. Pendek kata, IQnya yang amat rendah membataskannya melakukan kerja-kerja yang agak kompleks dan sukar. Dia seorang yg lembab. Ada yang memandang dia dgn sebelah mata, dan dia ‘nampak bodoh’ sahaja. Andai kata dia memerlukan nasihat kewangan, apa yang boleh diceritakan pada dia?

Dalam bab kewangan peribadi, seseorang seperti Alice memang dijangka tidak peduli langsung tentang duitnya. Anda mungkin terpaksa terangkan pada dia berjam-jam lamanya berkenaan dana amanah, namun dia masih kabur dan tidak pasti tentang pelaburan yang kompleks itu. Disebabkan masalah kefahaman dan komunikasi inilah, tiada seorang pun penasihat kewangan yang berminat untuk membantu dia.

Lupakan sahaja tentang hartanah, saham pegangan, saham amanah, ataupun komoditi. Dia sememangnya dungu dan tidak mengerti apa yang anda cuba sampaikan.

Walaubagaimanapun, Alice tidak keseorangan. Pakciknya seorang yang kaya raya, dan dia memberi Alice satu arahan bagaimana cara untuk menguruskan duitnya. Alice sememangnya dungu, dan dia amat patuh pada peraturan tersebut. 30 tahun kemudian, didapati Alice lebih mewah dan kaya dari adik-beradiknya yang jauh lebih bijak.

Sekiranya anda dungu, turutilah cara-cara ini. Berikut antara yang diperkatakan oleh pakciknya pada 30 tahun lepas;
  1. Apabila terima sahaja gaji, simpan separuh. Belanjalah lagi separuh itu.
  2. Menabunglah duit yang kamu simpan ke dalam akaun simpanan bank.
  3. Walau apa-apa terjadi sekalipun, jangan sesekali keluarkannya sehingga ke hari persaraan kamu kelak.
  4. Jangan dengar pada sesiapa yang menyuruh kamu keluarkan simpanan bank untuk melabur dalam apa jua yang kamu tidak faham.
Berdasarkan fakta, ramai orang cerdik dan bijak diselubungi masalah dengan hutang yang menggunung. Mereka memang bijak dalam melabur ke segala macam bentuk pelaburan. Tetapi mereka masih dungu untuk menyimpan dan patuh pada peraturan bodoh ini untuk menabung.

Anda fikirlah sejenak, orang dungu dan bodoh pasti ada kelebihan dalam menyimpan atau menabung duit. Berikut adalah mengapa orang bodoh boleh simpan lebih dan banyak:
  • Mereka hanya tahu operasi matematik mudah – tambah & tolak.
  • Mereka amat patuh pada peraturan dan arahan.
  • Manakala orang bijak asingkan perkara yang mereka tidak gemar.
  • Mereka amalkan cara mudah apabila menguruskan duit mereka.
Sekiranya anda cerdik, tetapi tidak kaya, fikirlah dua kali. Adakah anda betul-betul cerdik? Artikel ini diterjemahkan oleh Zulkarnain.

Artikel asli dalam bahasa Inggeris: Save Money the Stupid Way

Leave a Reply