Pow! Pow! Tembakan...

Assalammualaikum, apa habaq semua pengunjung2 web. Aku ari ni agak sibuk dengan tugas2 seharian aku. Dari pukul 3 pagi aku start bekerja sampai sekarang baru balik rumah. Agak sibuk dan mengantuk. Ye la bangun pkul 1.30 pagi lepas tu siap datang kat ofis lebih kurang pukul 3.00 pagi. Tapi ari ni aku tetap nak berkongsi dengan korang berkenaan dengan Tips Perniagaan. Disebabkan esok hari sabtu aku akan pergi menembak jadi aku saja letak subjek kat atas tuh bagi gempak skit.

Kita sedia maklum apabila bercakap tentang menembak tentulah tentang sasaran atau benda yang hendak kita tujukan dengan pistol yang kita pegang. Begitu juga dengan perniagaan, bila kita bercakap pasal perniagaan sasarannya tentulah pembeli atau pengguna.

Persoalan yang selalu kita dengar ialah:

Kenapa kita harus menjaga hati pelanggan?
Bagaimana menjaga hati pelanggan?
Perlukah kita melayan pelanggan dengan baik?

Tapi bagi aku soalan ketiga adalah soalan yang merangkumi soalan ke-2 dan pertama. Perlukah kita melayan pelanggan dengan baik? Memang perlu dan sangat perlu kerana pelangganlah yang memastikan sama ada produk atau perkhidmatan yang kita berikan dapat memberikan pulangan yang baik kepada kita.

Mungkin ada yang berkata "ala buat apa nak layan pelanggan tuh dia beli skit saja!" tetapi dalam perniagaan sikit atau banyak dalam pembelian pertama bukanlah ukuran tetapi servis yang baik pada pembelian pertama kali akan menjamin atau sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membuat pembelian yang kedua dan seterusnya ini akan meningkatkan jualan korang dari semasa ke semasa. Oleh itu, layanan yang terbaik harus korang berikan kepada pelanggan-pelanggan korang tanpa mengira status banyak atau sedikit.

Bagaimanakah kita memberikan layanan terbaik kepada pelanggan? Dari hasil pembacaan aku dari buku-buku perniagaan yang pernah aku baca, sekurang-kurangnya ada 5 cara terbaik melayan pelanggan korang!

1. Sentuhan Peribadi
Rapatkan perhubungan korang di antara pelanggan sehingga ke tahap 'personal level' iaitu korang mengenali mereka sehingga ke tahap yang cukup rapat dan tak kekok apabila berbicara dengan mereka. Biasanya orang lebih senang membeli dari orang yang mereka kenal dan mesra. Sentiasa bersikap mesra dan memudahkan dalam hal perniagaan. Bersikap mesra bukanlah susah, sekadar bertanya khabar pun cukup membuatkan pelanggan korang merasa senang dan mesra dengan korang.

2. Sentiasa Berpegang Pada Janji
Sentiasa berpegang pada janji yang korang buat kepada pelanggan jika korang tak nak pelanggan korang 'lari'. Jika korang berjanji dengan pelanggan untuk berjumpa di suatu tempat pada satu-satu masa jangan korang mungkiri dan lebih baik jika korang hadir lebih awal dari mereka supaya mereka menghormati peribadi korang. Kekadang benda yang semudah itu dapat menarik hati pelanggan korang untuk mendapatkan perkhidmatan korang.

3. Maklumbalas Pelanggan
Ini mungkin suatu perkara yang mungkin korang tak suka untuk buat, iaitu memberi peluang kepada orang lain untuk menilai diri korang. Hehehehe. Tapi dalam perniagaan itulah hakikatnya, dari semasa ke semasa dapatkan maklumbalas dari pelanggan korang berkenaan produk atau perkhidmatan yang korang tawarkan adakah baik atau buruk bagi membolehkan korang meningkatkan perkhidmatan yang korang berikan. Dalam hal produk mungkin korang tak dapat untuk perbaikinya kerana jika korang nak memperbaiki keseluruhannya mungkin ia melibatkan kos, tetapi dengan maklumbalas dari pelanggan sekurang-kurangnya korang dapat tahu produk korang berada ditahap mana dan mungkin pada suatu hari nanti korang dapat meningkatkan tahap produk korang itu. Siapa tahu kan?

4. Bersedia Sentiasa
Sentiasa memastikan produk yang korang jual cukup untuk dibeli pelanggan korang. Jika korang merasakan beberapa produk korang yang korang jual itu amat laris tak salah rasanya korang menambahkan stok untuk memastikan pelanggan korang mudah mendapatkannya tanpa menunggu lebih lama. Jika korang terlibat dalam bidang perkhidmatan, korang sentiasa pastikan korang peruntukan masa-masa yang spesifik untuk pelanggan korang dan bersedia untuk mendengar permasalahan berkaitan perkhidmatan yang korang tawarkan pada bila-bila masa diperlukan dan cuba menyelesaikannya.

5. Follow-Up!
Lebih kurang ayat "Keep In Touch" la hahaha! Berikan penekanan yang agak lebih sedikit dalam usaha-usaha menghubungi pelanggan dan prospek korang. Ini adalah salah satu cara terbaik dalam korang membina perhubungan baik antara pelanggan anda. Proses follow up yang mudah untuk diamalkan ialah dengan sms, menghantar kad ucapan atau telefon. Hubungan yang baik terjalin antara korang dan pelanggan bukan sahaja membuatkan pelanggan korang setia dengan korang malah membuatkan mereka cukup senang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan korang kepada rakan-rakan mereka.

Jadi bagaimana, adakah sedikit tips kat atas tuh dapat membantu korang? Macam selalu orang cakap la, bercakap atau menulis cukup mudah tapi melaksanakan memang susahkan! Tapi bagi aku apasalahnya kita mencubakan, aku pun sekarang sedang mencuba dan sekarang ni aku berkongsi dengan korang supaya kita sama2 mendapat manfaat! Oleh itu sentiasalah korang alert dengan pelanggan2 korang, berikan layanan yang terbaik insyaallah korang berjaya

Leave a Reply