Tido lambat! Wiggy best : )

Ari ni tido lambat sket ada kerja aku nak buat, iaitu kaji kelajuan Wiggy aku nih. Sementara aku update blog nih aku dok dengar lagu kat Radio Era melalui internet. Saja nak test kelajuan Wiggy yang aku beli dengan P1 nih. Memang berbaloi la korang yang nak beli produk P1 nih. setakat nih tahap penggunaan dia memang terbaik la berbanding broadband yang lain CUMA ada satu kekurangan P1 nih, klu tempat yang tak ada wimax jangan harap la korang nak guna perkhidmatan P1 nih. Tak guna sesen pun hehehe, oleh itu selaju mana pun P1 ni, "Think Before U Subscribe" klu korang dah check dekat web http://www.p1.com.my tuh dah tempat korang memang tak ada line, jangan nak pepandai g langgan plak kang korang punya P1 tuh jadi tukun plak kat umah korang ekekeke.

Ari ni pun keja rilek je walaupun ada sikit sibuk masa pagi tuh, petang kat ofis aku dah tak sibuk, kerja melepak jer la sepanjang ari tuh hehe sambil layan tenet. Tapi lama2 layan tenet boring gak. Apalagi bila dah boring layan tenet layan game la plak. Layan game pun tak best men sorang-sorang, game kena main ramai2 sket baru best. Last2 sekali nak men game ramai2 tentulah men game cari benda nama game tuh tak silap aku la... MYSTERY PI! Best gak layan game ni sekali-sekala beri tekanan kat kepala ni sambil mencari benda yang tersembunyi dalam game tu.. Ahaksz.

Ari ni pun aku balik awal gak, sebab memang tak ada kerja nak wat, lagipun klu tunggu pun bukan dapat wat OT pun buang karan jer. Sabtu ni aku nak g menembak plak macam best jer aktiviti anjuran bahagian tempat kerja aku ni. Aku memang tak pernah pegang apatah lagi menembak pistol betul so sabtu nih nak grab peluang la belajar menembak. Hehehe nak jadi macam desperado. Tapi tak tau la aku leh tembak tepat ke tak.. sebab nih la 1st time nak pegang pistol, doakan sasaran aku tepat ok! Kejap lagi nak tdo la tapi sebelum tu aku nak solat dulu dalam pukul 12.30 baru tdo. Harap2 esok tak bangun lewat dah 3 ari dah aku tak bangun subuh! Adoi la! Harap esok leh bangun awal...

Leave a Reply