3 tips untuk FOKUS!

Fokus! Kenapa pentingnya fokus? Itulah antara soalan yang mungkin menganggu fikiran anda. Saya pun begitu, agak sukar saya hendak fokus dalam membuat sesuatu kerja kerana sering hilang fokus dalam melakukan kerja seharian. Tapi itu dulu, sekarang alhamdulillah tidak lagi hilang fokus... walaupun ada kekadang tuh macam 'lost' sikit hehehe, tapi skarang ini lebih baik dari sebelum ini! Tentu ramai yang nak tahukan bagaimana kita nak kekal fokus! Jom saya kongsikan dengan anda.

1. Buatkan senarai TO-DO!
Rancang apa yang anda hendak lakukan hari esok pada hari ini dan tuliskan di dalam kertas atau diari harian anda tapi pastikan letakkan kertas atau diari itu ditempat yang mudah diambil. Kalau anda rasa macam dah lost skit rujuk semula.

2. Beri keutamaan
Beri keutamaan kepada perkara yang anda perlu lakukan. Hindarkan dari berfikir kepada perkara yang membuatkan anda hilang fokus terhadap kerja yang sedang anda lakukan atau bakal anda lakukan. (Kalau putus cinta, cari yang lain! Hehe)

3. Selesaikan
Selesaikan kerja yang anda rancangkan sebelum anda bercita-cita untuk merancang perkara-perkara yang baru. Jangan buat sesuatu kerja itu separuh jalan, perbuatan ini juga akan membuatkan anda lebih hilang fokus sebab belum lagi habis satu kerja sudah ditambahkan dengan kerja yang baru.

Harap sedikit tips diatas dapat membantu anda untuk lebih fokus insyaallah!

Jangan lupa malam nanti saya akan update tentang rahsia kehebatan Kopi Radix! Tunggu!

p/s: Dah baca, jangan lupa komen ok!

3 komen:

  1. ok la... aku komen la...

    ReplyDelete
  2. ermm, mesti tiada perancangan awal nih! Buat perancangan awal dulu. Selepas itu saya pasti anda mesti akan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete