Kenapa perlu jimat dan simpan wang?!

Kejap saja...pejam celik pejam celik kita dah hampir ke akhir tahun.Untuk pengetahuan pengunjung blog ni, mulai hari ini aku akan mula bercerita atau memberi tips2 dalam ayat2 yang agak formal. Jadi jangan korang terasa asing plak dengan penggunaan perkataan "SAYA" atau "ANDA" ok? Harap2 korang leh terima cara penulisan aku mulai saat ini. Ini mungkin perenggan terakhir aku akan menggunakan perkataan seperti AKU dan KORANG, doakan yang terbaik untuk aku.. Checked Out!

Alhamdullilah kerja-kerja memperbaharui layout blog saya ni dapat dilakukan dengan baik semalam. Pada mulanya agak sukar juga nak upgrade web ni sebab banyak ruangan dalam blog ni dah diisi dengan gadget2. Jadi masa nak tukar layout tu terpaksa la taip semula coding2 web ni. Macam twitter tuh baru tadi pagi dapat coding tu semula, tu pun sempat update kat ofis hehehe(curi tulang japs! Ahaks)! Baiklah, perkara yang akan saya akan bincangkan hari ni berkenaan dengan Tips Pengurusan Kewangan!


KENAPA PERLU JIMAT DAN SIMPAN WANG?

Pada kebiasaannya, di akhir-akhir tahun ini ramai di antara anda akan menamatkan zaman bujang betul tak? Hehehe (saya pun nak jugak) tapi tak ramai yang tahu bahawa kos untuk berkahwin pada masa kini melonjak sehingga sekurang-kurangnya RM20,000.00 dan ke atas?! Wow mahal kan? Itulah antara sebab kenapa kita perlu jimat wang dan simpan wang. Selain itu, kita juga perlu jimat wang untuk perkara-perkara berikut:
  1. Untuk digunakan ketika kecemasan (tayar pecah ke, kereta rosak ker).
  2. Untuk digunakan pelajaran anak-anak (bila anak dah besar senang tak payah pinjam2).
  3. Untuk digunakan ketika sakit, dan
  4. Untuk digunakan ketika hari tua nanti.
Itu adalah antara beberapa sebab kenapa kita perlu menyimpan wang. Penjimatan wang bukanlah perkara yang baru diperkatakan hari ini, tapi semenjak dari dulu lagi orang telah bicarakan tentang perkara ini. Semenjak saya kecil lagi ayah dan ibu saya sentiasa mengingatkan saya supaya berjimat-cermat dalam berbelanja. Tapi saya tidak mampu sangat untuk berjimat kerana pada masa itu duit poket ke sekolah untuk saya sekitar RM2.00 saja jadi apabila balik ke rumah saya hanya mampu menyimpan sekitar rm0.50(Anda bagaimana?) Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur memiliki seorang ibu dan ayah yang sentiasa prihatin terhadap keperluan pendidikan saya sehingga saya menjadi 'somebody' hari ni. Alhamdulillah, Terima kasih ibu(Mak) dan Terima kasih ayah(Baba)!

Untuk pengetahuan anda, mengikut kajian oleh penulis buku kewangan terkenal saudara Azizi Ali melalui bukunya yang berjudul Pesara Jutawan hampir 90 peratus para pencarum mempunyai wang yang kurang daripada RM60,000 di dalam akaun KWSP apabila bersara kelak. Anda Bagaimana? Oleh itu anda harus bermula dari SEKARANG untuk berjimat cermat dan menyimpan wang. Perkara yang selalu dirungutkan apabila dikatakan tentang menyimpan ialah..
"Berapa yang perlu saya simpan? Kalau simpan banyak2 macam mana nak makan nak minum hari-hari?"
Bagi saya secara peribadi, soalan itu adalah datang dari orang-orang yang berfikiran negatif dan bersifat tidak bersyukur! Pada pandangan saya, untuk menyimpan bukanlah semata-mata mengharapkan duit gaji yang anda terima setiap bulan, tetapi pelbagai lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan wang sampingan untuk dijadikan wang simpanan antaranya, saya senaraikan 3 caranya disini:
  1. Barangan kitar semula (Jual je barangan yang lusuh yang boleh dikitar semula tu kat pusat 'recycle').
  2. Jual barang2 MLM (Join je HPA, hehehe saya dah jadi ahli! Untung x banyak tapi bleh la nak menyimpan)
  3. Jadi agen unit amanah, insuran dan wakil2 bank untuk membuat pinjaman.
Jadi tiada alasan untuk anda menyimpan pada masa kini, anda bleh saja memilih kerja sampingan yang bersesuaian dengan masa dan minat anda. Jangan pula anda abiskan semua komisyen atau keuntungan yang anda dapat sudah la! Hehehe sengaja mengingatkan, tak salah jika kita menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri selepas mendapat keuntungan tapi pastikan simpanan anda itu diutamakan. Dari segi berjimat plak, ada yang berkata begini..
"Mana nak berjimat? Sehari sekurang-kurangnya 1 kotak rokok nak kena beli, makan lagi, minum lagi..."
Jangan marah ye perokok tegar, saya tak salahkan anda sebagai perokok tapi rasanya kalau kurang hisap rokok tak merugikan ye tak? Apasalahnya anda kurangkan hisap rokok untuk memberi sedikit sinar kepada masa depan anda. Kepada mereka yang berkata begini plak..
"Aku sehari paling kurang kena spend RM 15 -20 untuk makan saja!"
Ini jawapannya, jangan la makan banyak2 sangat tak baik untuk kesihatan bukan saya cakap tau doktor yang cakap! hehehe.. rasanya tak salah juga kan kalau kita kurangkan makan demi menyimpan duit untuk waktu2 sesak nanti?! Dan bagi yang berkata begini plak
"Encik saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!
Ini jawapannya, kalau tak boleh jimat banyak2, sekurang-kurangnya jimat skit2! Dalam menyimpan tiada paksaan tapi perlukan disiplin dan cara yang betul. Jadi tiada alasan untuk anda atau saya mengatakan
"Saya tak mampu menyimpan atau berjimat!"
Niat untuk berjimat dan menyimpan mulai hari ni yer! Mulakan dengan RM50.00 bulan ini(November)! Ada berani?!

P/S: Dah terlewat nak balik rumah sebab update blog kat ofis hehehe!

1 komen:

  1. still cant do dis (saving), later cant but anyting dat i want..

    ReplyDelete