Rahsia kehebatan Kopi Radix!


Mai Secawan! Wah.. macam pernah dengar je ungkapan tu! Ungkapan inilah yang sentiasa anda dengar apabila iklan kopi radix muncul di kaca-kaca tv ataupun di corong-corong radio. Saya sendiri adalah penggemar kopi Radix setelah diperkenalkan oleh rakan2 saya. Sebenarnya bukan saja kopi radix menjadi pilihan saya, tetapi saya adalah penggemar produk yang berasaskan kopi(penggemar coffee sejati! Hehe) x kisahlah apa pun produk yang berasaskan kopi semua saya nak cuba.Apa yang membezakan kopi radix, ialah herba-herba yang ditambahkan kepadanya didalam setiap pek.

Pengalaman saya sendiri, dengan pekerjaan saya yang tidak menentu masa, saya perlu untuk sentiasa bersedia. Adakalanya saya terpaksa keluar bertugas seawal 2 pagi dan berada di ofis. Jadi saya selalu menjadikan kopi pilihan saya untuk menghilangkan rasa mengantuk. Tapi kopi yang biasa saya minum hanya dapat menghilangkan mengantuk saja tanpa ada nilai tambah yang lain. Sebaliknya Kopi Radix yang baru saya amalkan ini bukan saja dapat menghilangkan mengantuk tapi memberikan tenaga dan rasa segar sepanjang bertugas.

Saya mula membuat sedikit kajian tentang kandungan campuran kopi radix ini melalui internet dan laman web rasminya HPA.com.my. Jom baca sedikit review berkenaan produk Kopi Radix ini!

Terdapat Tujuh Herba utama yang menjadi asas campuran kepada Kopi Radix keluaran HPA Industries ini iaitu:
  1. Tongkat Ali
  2. Pokok Mata Pelanduk
  3. Pokok Teja Lawang
  4. Pokok Tebu Gajah
  5. Pokok Mengkudu Hutan
  6. Halban
  7. Larak Hutan
Campuran herba-herba inilah yang menjadikan kopi radix hebat dan sangat baik kita nikmnatinya seisi keluarga. Bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat. Saya juga amat curious tentang herba-herba ini sehingga saya mencari khasiat-khasiat sebenar herba-herba ini di internet untuk dikongsikan bersama anda.

1. Tongkat Ali
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
sumber: http://agromedia.mardi.my

2. Pokok Mata Pelanduk
Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Daunnya juga elok untuk mengubat penyakit sengal-sengal tulang.
sumber: http://fazlisyam.com/

3. Pokok Teja Lawang
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang boleh didapati di dalam hutan dan nama lain bagi tumbuhan ini ialah Kayu Tija(indonesia) atau Culilawan. Air rebusan daun teja jika dicampurkan bersama daun medang turus boleh dibuat sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan. Tumbuhan ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampir sama. seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat.Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.
sumber: http://www.melur.com/

4. Pokok Tebu Gajah
Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.
sumber: http://duniaherbahpa.com/

5. Pokok Mengkudu Hutan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.
sumber: http://agromedia.mardi.my

6. Halban
Akar Halban dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.
sumber: http://duniaherbahpa.com/

7. Larak Hutan
Akar larak hutan dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.
sumber: http://duniaherbahpa.com/

Itulah serba sedikit tentang kehebatan kandungan-kandungan campuran kopi radix ni. Saya harap dengan penerangan tentang campuran herba-herba ini anda akan lebih yakin memilih minuman Kopi Radix nih sebagai minuman pagi, petang dan malam anda tanpa was-was! Dapatkan segera kopi radix untuk keluarga anda! Bagi anda yang tinggal sekitar Putrajaya & Nilai dan ingin mendapatkan Kopi Radix anda boleh menghubungi saya, penghantaran ke rumah anda adalah percuma! Kalau tak hantar ke rumah pun kita masih boleh berjumpa di kedai2 makan atau warung2 berdekatan! Saya janjikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Untuk keterangan lanjut hubungi:
Fairuz : 012-5961936
Khairul: 013-6056831


Harga untuk 15 Paket
Semenanjung Malaysia: RM 16.00
Sabah & Sarawak: RM 19.00

Harga untuk 32 Paket
Semenanjung Malaysia: RM 32.00
Sabah & Sarawak: RM 38.00

Harga untuk Kopi Radix Mega Jumbo(96 Paket)
Semenanjung Malaysia: RM 90.00
Sabah & Sarawak: RM 108.00

p/s: semalam x leh nak update, komputer ada masalah sket.

Leave a Reply