Archive

Archive for December 2009

Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Lama jugak saya tak berblog kan! Hehehehe, bukan tak mahu nak update cuma tak cukup masa selain sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2009. Bagaimana dengan azam yang anda pasang pada awal tahun 2009 dah tercapai ke? Kalau dah tercapai alhamdulillah kalau x tercapai mesti ada salah di mana2 tu perancangannya!

Apa-apa pun saya mengharapkan yang terbaik untuk anda semua. Semoga apa yang dicita-citakan oleh anda pada tahun ni tercapai hendaknya! Tajuk kali ini agak berbeza sedikit dari tajuk2 sebelum ini yang lebih kepada kewangan dan informasi. Tajuk kali ni agak islamik skit sebab baru2 ni sempat gak saya selak2 buku La Tahzan yang dah lama saya tak baca disebabkan kesibukan.

Sebagai manusia, kita sendiri mempunyai pelbagai masalah yang kita perlu hadapi dalam menempuh hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Tapi apakah jaminan kita bahawa kita akan menemukan kebahagian? Ada sesetengah di antara kita mudah putus asa bila sesuatu yang kita usahakan gagal di pertengahan jalan hingga ada yang merasakan tidak ada apa2 lagi dalam hidupnya hingga ada yang sampai memikirkan membunuh diri adalah jalan terbaik. Tapi adakah itu jalan terbaik?

Sebagai seorang muslim kita sering diingatkan bahawa bunuh diri bukanlah suatu jalan yang terbaik malah ia membawa kemurkaan Allah S.W.T semata-mata. Sebenarnya di dalam al-quran terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang segala musibah dan dugaan yang Allah turunkan pastilah setara dengan kemampuan hambanya tetapi mungkin kita sahaja yang tidak tahu mengawalnya dan bertindak mengikut hati.
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya... - Al-Baqarah: 286
...Allah tidak membebani seseorang, melainkan sebatas kemampuan yang telah Allah berikan kepadanya... - At-Thalaaq: 7
Oleh yang demikian, mintalah(berdoa) kepada Allah S.W.T jika anda menghadapi kesulitan semoga ditunjukkan kepada anda jalan keluar bagi kesulitan-kesulitan yang anda hadapi. Jangan bertindak terburu-terburu serahkan segala urusan qadha dan qadar kepada Allah S.W.T.

Percaya dan yakinlah Allah sentiasa akan membantu hambanya yang dalam kesusahan. Tapi sebelum anda menyerah semua urusan takdir kepada Allah, anda mestilah berusaha dahulu mencari penyelesaiannya dan selebihnya barulah kita boleh bertawakkal(berserah) kepada Allah S.W.T. Saya sendiri memang adakalanya tak tertanggung jugak dugaan yang saya terima tapi saya sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan pasti ada kesenangan, pastinya itu semua dalam ketentuan allah jadi jangan la kita lupa berdoa bila kita dalam kesusahan supaya dipermudahkan kita menghadapi dugaan2 tu ok? So bagi mereka yang dalam kesusahan sekarang ini, anda harus percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti pasti ada jalan keluar yang terbaik untuk anda yang ditunjukkan oleh Allah, tapi pastinya dengan usaha yang anda buat dengan tangan anda sendiri bukan hanya bergantung pada orang lain dan mengharapkan Allah S.W.T mengubahnya. Semoga anda mendapat sedikit manfaat bagi tajuk blog terbaru ni!

Klik Dapat Duit!

Hai.. bunyi tajuk di atas macam pelikkan? Klik Dapat Duit! Tapi anda jangan risau ia memang ada kebenarannya. Pernah dengar tak program PTC? X pernah dengar? Saya sendiri pun baru dengar tapi memang ramai yang telah berjaya dengan program ini, ada di antara rakan-rakan saya sendiri yang telah berjaya dalam program ini, berpuluh-puluh dollar juga masuk hari2.

PTC atau Paid To Click adalah suatu program di mana jika anda menjadi ahli bagi sesebuah laman web yang menjalankan program PTC ini, setiap kali anda membaca iklan di web mereka anda dibayar sebanyak 0.01 Cents(Dollar tau) dan ada juga web yang mampu membayar anda sebanyak 0.02 cents bagi setiap iklan. Tapi itu semua bergantung kepada pelan yang anda pilih. Anda boleh menuntut duit anda melalui laman web Paypal atau AlertPay. Jadi kepada mereka yang hendak join program ni, anda perlu mempunyai akaun di Paypal ataupun Alertpay.

Bagi saya, kepada anda yang memang selalu lepak depan pc bila balik kerja apasalahnya kita mencuba buat duit melalui progran ini. Daripada anda lepak depan pc tanpa buat apa2 keuntungan lebih baik join program ni mana tau anda leh buat duit yang banyak sapa tahu kan? Rezeki masing-masing! Bagi ada yang nak join saya sertai program ini anda bolehlah klik banner kat atas tu yang ada tulis NeoBux INNOVATION IN PTC!

Saya hari ini dah dapat kumpul sebanyak 16 cent(Dollar tau)! Anda bila lagi? X salah kalau mencuba kan! Apa-apa pun saya ucapkan Selamat mencuba! kepada anda semua.

Keletihan.. Pening?!!

Adoila! Hari ni saya tak berapa sihat skit, mungkin sejak akhir-akhir ni kurang tido! Sampai pening2 kepala bila bangun pagi tadi. Jadi sempat la reformat balik pc kat rumah nih dan kemaskini blog ni. Alhamdulillah lepas dapat rehat sepenuhnya saya kembali sihat sepenuhnya!

Semalam balik rumah agak lewat dalam pukul 11:00 malam gak. Lepas tuh mandi baru dapat tido tapi lepas tido tak boleh bangun nak pergi kerja pada pukul 3 pagi tu. Rasa berat gak kepala terus layan kepala tido tak bleh nak bangun. Bangun2 dah pukul 8 pagi tapi disebabkan masih sakit kepala hanya sempat hantar mesej kepada penyelia beritahu yang saya tak leh pergi kerja.

Alhamdulilah sekarang dah sihat sket nih. Jadi ada sedikit pesanan saya kepada semua pengunjung web ni, walau sesibuk mana kita bekerja untuk hidup senang atau untuk kerjaya KESIHATAN adalah lebih utama dari segalanya. Tanpa kesihatan yang baik mungkin langkah untuk mengejar kejayaan yang lebih lagi akan terbantut.

Ini juga satu pengajaran untuk saya. Mulai saat ini saya akan pastikan diri saya mendapatkan rehat sepenuhnya. Sekurang-kurangnya 7 jam rehat sehari. Jadi nasihat saya kepada semua pengunjung blog saya. Jaga kesihatan anda dan terus maju ke hadapan untuk berjaya. Semoga apa yang dicita-citakan oleh anda berjaya dikecapi! Insyaallah!