Keletihan.. Pening?!!

Adoila! Hari ni saya tak berapa sihat skit, mungkin sejak akhir-akhir ni kurang tido! Sampai pening2 kepala bila bangun pagi tadi. Jadi sempat la reformat balik pc kat rumah nih dan kemaskini blog ni. Alhamdulillah lepas dapat rehat sepenuhnya saya kembali sihat sepenuhnya!

Semalam balik rumah agak lewat dalam pukul 11:00 malam gak. Lepas tuh mandi baru dapat tido tapi lepas tido tak boleh bangun nak pergi kerja pada pukul 3 pagi tu. Rasa berat gak kepala terus layan kepala tido tak bleh nak bangun. Bangun2 dah pukul 8 pagi tapi disebabkan masih sakit kepala hanya sempat hantar mesej kepada penyelia beritahu yang saya tak leh pergi kerja.

Alhamdulilah sekarang dah sihat sket nih. Jadi ada sedikit pesanan saya kepada semua pengunjung web ni, walau sesibuk mana kita bekerja untuk hidup senang atau untuk kerjaya KESIHATAN adalah lebih utama dari segalanya. Tanpa kesihatan yang baik mungkin langkah untuk mengejar kejayaan yang lebih lagi akan terbantut.

Ini juga satu pengajaran untuk saya. Mulai saat ini saya akan pastikan diri saya mendapatkan rehat sepenuhnya. Sekurang-kurangnya 7 jam rehat sehari. Jadi nasihat saya kepada semua pengunjung blog saya. Jaga kesihatan anda dan terus maju ke hadapan untuk berjaya. Semoga apa yang dicita-citakan oleh anda berjaya dikecapi! Insyaallah!

Leave a Reply