Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Lama jugak saya tak berblog kan! Hehehehe, bukan tak mahu nak update cuma tak cukup masa selain sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2009. Bagaimana dengan azam yang anda pasang pada awal tahun 2009 dah tercapai ke? Kalau dah tercapai alhamdulillah kalau x tercapai mesti ada salah di mana2 tu perancangannya!

Apa-apa pun saya mengharapkan yang terbaik untuk anda semua. Semoga apa yang dicita-citakan oleh anda pada tahun ni tercapai hendaknya! Tajuk kali ini agak berbeza sedikit dari tajuk2 sebelum ini yang lebih kepada kewangan dan informasi. Tajuk kali ni agak islamik skit sebab baru2 ni sempat gak saya selak2 buku La Tahzan yang dah lama saya tak baca disebabkan kesibukan.

Sebagai manusia, kita sendiri mempunyai pelbagai masalah yang kita perlu hadapi dalam menempuh hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Tapi apakah jaminan kita bahawa kita akan menemukan kebahagian? Ada sesetengah di antara kita mudah putus asa bila sesuatu yang kita usahakan gagal di pertengahan jalan hingga ada yang merasakan tidak ada apa2 lagi dalam hidupnya hingga ada yang sampai memikirkan membunuh diri adalah jalan terbaik. Tapi adakah itu jalan terbaik?

Sebagai seorang muslim kita sering diingatkan bahawa bunuh diri bukanlah suatu jalan yang terbaik malah ia membawa kemurkaan Allah S.W.T semata-mata. Sebenarnya di dalam al-quran terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang segala musibah dan dugaan yang Allah turunkan pastilah setara dengan kemampuan hambanya tetapi mungkin kita sahaja yang tidak tahu mengawalnya dan bertindak mengikut hati.
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya... - Al-Baqarah: 286
...Allah tidak membebani seseorang, melainkan sebatas kemampuan yang telah Allah berikan kepadanya... - At-Thalaaq: 7
Oleh yang demikian, mintalah(berdoa) kepada Allah S.W.T jika anda menghadapi kesulitan semoga ditunjukkan kepada anda jalan keluar bagi kesulitan-kesulitan yang anda hadapi. Jangan bertindak terburu-terburu serahkan segala urusan qadha dan qadar kepada Allah S.W.T.

Percaya dan yakinlah Allah sentiasa akan membantu hambanya yang dalam kesusahan. Tapi sebelum anda menyerah semua urusan takdir kepada Allah, anda mestilah berusaha dahulu mencari penyelesaiannya dan selebihnya barulah kita boleh bertawakkal(berserah) kepada Allah S.W.T. Saya sendiri memang adakalanya tak tertanggung jugak dugaan yang saya terima tapi saya sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan pasti ada kesenangan, pastinya itu semua dalam ketentuan allah jadi jangan la kita lupa berdoa bila kita dalam kesusahan supaya dipermudahkan kita menghadapi dugaan2 tu ok? So bagi mereka yang dalam kesusahan sekarang ini, anda harus percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti pasti ada jalan keluar yang terbaik untuk anda yang ditunjukkan oleh Allah, tapi pastinya dengan usaha yang anda buat dengan tangan anda sendiri bukan hanya bergantung pada orang lain dan mengharapkan Allah S.W.T mengubahnya. Semoga anda mendapat sedikit manfaat bagi tajuk blog terbaru ni!

Leave a Reply