10% bayaran ansuran 'Untuk Hari Tua Anda'

Salam, selamat sejahtera dan juga SELAMAT TAHUN BARU 2010! Hai 2010! Rasanya x lambat jugak kalau saya ucapkan selamat memasang azam kepada semua pengunjung blog ni, bukan apa apabila sebut saja tahun baru pasti ramai yang akan teringat untuk memasang azam. Saya juga begitu tapi untuk memasang azam biarlah realistik, Betul tak? Penulisan saya sebelum ini banyak membicarakan tentang simpan, simpan dan simpan! Hehehe, tapi saya tak pernah terangkan berapakah amaun yang yang patut anda simpan buat permulaan. Ada pendapat mengatakan:
Simpanlah sebanyak mana yang anda boleh sebelum datang hari susah!
Bagus juga idea tu, tapi bagi anda yang baru nak mula menyimpan, mulalah dengan menyimpan sebanyak 10% dari pendapatan anda(Ingat! Pendapatan, bukan gaji).

Maksud saya begini, gaji tetap anda bekerja di kilang ialah sebanyak RM 1,800. Bagi menambah pendapatan, anda menjual nasi lemak secara sambilan dan keuntungan untuk bulan Januari ini ialah sebanyak RM 200.00 maka PENDAPATAN ANDA untuk bulan ini ialah RM 1,800.00 + RM 200.00 = RM 2,000.00. Jadi, simpanan bulanan untuk bulan Januari ini ialah sebanyak RM 2,000 x 10% = RM 200.00.
Tapi Fairuz, 10% tu besarlah jumlahnya!
Itu mungkin antara jawapan yang akan saya dengar dari anda, tapi anda perlu ingat walaupun anda telah menyimpan sebanyak 10%(yang anda kata banyak tu) sebaliknya anda masih mempunyai 90% dari pendapatan anda untuk dibelanjakan. Pernah tak anda berfikir demikian?

Kesimpulannya walaupun anda telah menyimpan sebanyak 10% tetapi anda masih mempunyai baki 90% untuk dibelanjakan, belanjalah dengan berhemah dan saya pasti anda takkan kehilangan sesen pun dengan sia-sia jika anda mula mempraktikan tips ini bermula hari ini!
Fairuz kalau saya menyimpan lebih banyak dari 10% boleh tak?
Boleh saja dan lagi baik, asalkan ia tidak menganggu perbelanjaan harian anda. Jadikan 10% ini bayaran ansuran anda Untuk Hari Tua Anda. Sentiasa pastikan 10% ini adalah simpanan tetap anda di akaun simpanan setiap bulan dan jangan keluarkan sehingga hari persaraan anda nanti.

Sempena tahun baru yang baru saja membuka tirainya, mari kita sama-sama berazam untuk menyimpan sebanyak 10% dari pendapatan kita setiap bulan bagi menzahirkan kehidupan yang lebih baik di hari tua! :)

2 komen:

  1. the reality is when u have an excessive cash in yur pocket(saving).you dont know what to do with that cash.at the end our money just blow like a wind caused by our low financial management.it was happend to me and for all these year i tried to manage my financial.anyway the fact of saving 10 percent frm your salary is still relevant.it could help someone one day.

    ReplyDelete
  2. Betul, sebenarnya 10% yang saya cadangkan bukanlah penyelesaian keseluruhan. Tetapi ianya adalah permulaan, tapi sebelum ada mula menyimpan 10% ada sendiri perlu mempunyai kepandaian untuk menguruskan kewangan anda.

    ReplyDelete