Sebenarnya, anda yang bersalah!

Kita sering mendengar banyak keluhan dan rungutan dari rakan-rakan sekeliling kita tentang masalah kewangan yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian mereka! Saya pun tidak terkecuali menjadi pendengar yang setia seperti anda semua juga. Antara keluhan dan rungutan mereka ialah:

"Fairuz, kerajaan tak kasihan dekat kita orang susah!" (Kenaikan harga barang!)

"Fairuz, sebenarnya kereta import lagi murah dari kereta tempatan cuma AP punya pasal saja kereta import jadi mahal!" (Dasar Automotif Negara)

"Tahun ni kerajaan tak bagi bonus! Macam mana la persediaan anak-anak nanti nak pergi sekolah" (Bonus tahunan penjawat awam!)

"Kenaikan gaji sangat minimum!" (Kenaikan gaji penjawat awam)

Serta pelbagai lagi keluhan-keluhan mereka yang tak sempat saya taip di sini. Bukan apa, kalau nanti saya senaraikan rasanya tak cukup ruangan post untuk kali ni :).

Pada saya, sebenarnya mereka yang bersalah dalam hal ini!

Kenapa?

Kerana mereka sendiri tidak pernah bersedia untuk menerima kenyataan bahawa masa sentiasa bergerak dan meninggalkan kita perlahan-lahan. Dulu kita masih boleh menikmati sepinggan mee goreng pada harga RM 1.50 tapi kini kita terpaksa mengeluarkan RM 2.50 untuk menikmati sepinggan mee yang sama. Adakah mereka sedar tentang perkara ini? Tentu tidak, kerana mereka sentiasa mahu meletakkan kesalahan diri mereka kepada orang lain contohnya kerajaan, polisi AP dan Kemajuan(ini pun mereka nak salahkan, Hahaha)

Situasi Buruk Ini(pada pandangan mereka) akan terus menenggelamkan mereka, dan menjejaskan kehidupan mereka. Tapi adakah mereka sedar situasi buruk ini juga telah banyak melahirkan jutawan-jutawan yang hebat pada hal jutawan-jutawan ini bukanlah berasal dari planet-planet asing melainkan bumi. Jutawan-jutawan ini juga menghadapi masalah yang sama seperti orang lain cuma mereka tidak hanya mengeluh seperti orang lain, tetapi mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan peluang untuk kehidupan yang lebih baik pada hari mendatang tanpa menghiraukan masalah-masalah yang timbul. Bagi mereka, masalah-masalah yang timbul ini ialah satu cabaran yang perlu mereka tempuhi satu persatu tanpa rasa putus asa.

Jika anda mahu menjadi orang yang berjaya, berhenti merungut sebaliknya persiapkan diri anda untuk terus maju ke hadapan dan lakukan apa yang sepatutnya anda lakukan. Ya, tentunya kekadang itu anda ada melakukan kesilapan dan ramai yang akan mentertawakan, menyindir dan mengkritik. Tapi cuma itu sahajakan kenapa nak pikir sangat! Hahahaha.. lupakan sindiran dan ambil kritikan yang membina untuk kembali berada di landasan kerana perjalanan anda masih jauh lagi di hadapan!

Kegagalan adalah rakan karib kepada orang yang berjaya. Betul ker? Resepi ayam goreng KFC oleh Colonel Harland Sanders pernah ditolak(gagal) beratus kali untuk dipasarkan tetapi kini KFC mempunyai beribu-ribu cawangan restoran seluruh dunia (Di Malaysia sahaja KFC mempunyai kira-kira 390 Restoran...Wow!). Terbukti kan! Jadi untuk berjaya anda perlu belajar menerima kegagalan dan memperbaikinya sebelum bangkit semula untuk meneruskan perjalanan menuju kejayaan.

Khas Kepada Mereka Yang Suka Merungut:

"Tiada sesiapa pun yang menyuruh anda untuk memikirkan tentang masalah di dalam dunia ini!"
"Tiada sesiapa pun yang akan membayar anda untuk memikirkan tentang masalah di dalam dunia ini!"
"Tiada sesiapa pun akan membayar anda untuk anda merungut!"
"Tiada sesiapa pun yang akan mendermakan duitnya kepada anda jika anda merungut!"

Jadi kenapa nak merungut?! Sebaliknya anda harus bangun dan hadapi kenyataan di luar sana! Katakan kepada jutawan dan orang berjaya di luar sana aku juga manusia HEBAT seperti ANDA!

Kesimpulannya, jika ada di luar sana yang masih merungut jangan lupa suruh mereka layari laman web saya ok! Hahahahaha, URL: fairuzilyas.blogspot.com

2 komen:

  1. Yup that's true..sometimes we need to stop blaming other peoples,agencies or anyone else when something bad happend.Actually there is a reason why things happend like this.This is because we are still stucked in industrial revolution.The world today are moving to information revolution which need someone to know how to survive.we are hoping someday gov or our employer would give us a benefit but the truth is they dont.we are still trapped in rat race.what we need to do is goin to find another sideincome to support our daily expenses.Poor people thinks tht money would solve their financial problem but money doesnt solve our financial problem by itself.It is us to solve tht matter.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro atas komen yang membina!

    ReplyDelete