Jadilah seseorang!

Tadi baru je balik dari menonton filem Valentine's Day, memang best cerita dia(Yela, macam mana tak best, semua pelakon hebat2). Jadi bagi mereka yang belum menonton filem tu, pergilah ke pawagam2 berhampiran dapatkan tiket untuk menonton filem tuh tak pun kalau tak mau beratur panjang beli jer secara dalam talian.(Saya selalu beli tiket online guna web GSC.com.my)

Mungkin ada yang tertanya-tanya dengan tajuk kali ni. Jadilah seseorang! Ya jadilah seseorang.. itulah tajuk kali ini. Anda semua mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik dalam setiap apa yang anda kerjakan. Tak kisah la dalam pekerjaan, perniagaan mahupun kehidupan. Tapi ramai di antara anda berasa seringkali ketinggalan dan usaha yang anda lakukan akan terhenti di tengah jalan.

Mari saya jelaskan kepada anda, kenapa semua perkara ini berlaku. Ramai diantara anda bagi menampakkan diri mereka sempurna sanggup melakukan semua perkara untuk semua orang. Mereka berkerja keras untuk mendapatkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Mereka juga ingin menjadi suami serta ayah yang baik kepada anak-anak mereka dan apabila mereka mendengar tentang perniagaan MLM boleh menjana duit yang banyak mereka sertainya juga. Akhirnya semua ini akan berakhir tanpa apa-apa hasil yang membanggakan! Ingin saya nyatakan di sini sejelas-jelasnya ketiga-tiga perkara ini memerlukan tenaga dan usaha yang berbeza. Jadi untuk melakukan kesemua perkara ini dalam satu2 masa adalah kerja yang tak masuk akal.

Jika anda memilih untuk menjadi suami dan ayah yang baik, anda akan terpaksa melepaskan cita-cita anda untuk menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh menjadi Ketua Pegawai Eksekutif tapi besar kemungkinan anda tidak akan mencapainya. Anda juga tidak akan dapat membuat jualan yang membanggakan dengan menyertai MLM dan pada pengakhirannya anda masih seorang ahli biasa. Tapi tak mengapa kerana cita-cita anda dan matlamat anda adalah menjadi suami dan ayah yang baik.

Pada masa yang sama jika sekarang ini anda menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif tidaklah pula anda perlu mengenepikan keluarga anda. Cuma anda perlu sedar bahawa anda pastinya tidak akan mempunyai banyak masa bersama keluarga anda dan pastinya anak-anak akan tetap membesar menjadi remaja yang cerdik, pintar dan bijak. Tetapi, masa yang anda telah lepaskan untuk bersama mereka dalam proses pembesaran mereka pasti tidak dapat diputarkan semula.

Inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk mengejar cita-cita.Saya ulangi sekali lagi..PENGORBANAN! Siti Nurhaliza sendiri terpaksa melupakan keseronokan zaman remajanya untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi No.1 Malaysia hari ini.

Oleh yang demikian tetapkan cita-cita anda dan fokuskan segala tenaga dan usaha anda untuk mengejar impian anda. Jadilah seseorang yang berjaya!

Leave a Reply