Selamat Tahun Baru Cina!

Huh, seminggu yang menyakitkan! Saya mendapat cuti 4 hari kerana sakit mata, hari2 yang membosankan di rumah hehehe! Tapi apa boleh buat kekadang bila sakit ni la masanya untuk berehat. Tetapi memandangkan sakit mata ini pun dah semakin sembuh sempat jugak nak menaip untuk blog ni.

Selamat Tahun Baru Cina, kepada semua rakyat malaysia terutamanya mereka yang berbangsa cina. Seperti biasa setiap kali ada perayaan, ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman. Tapi jangan kita lupa sepanjang musim perayaan juga banyak kemalangan yang berlaku disebabkan pengguna-pengguna lebuhraya meningkat! Jadi kepada anda yang bakal pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan tahun baru cina ni, rancanglah perjalanan anda. Kalau dah pandu lama sangat tuh berhentilah berehat kejap. Kalau tengah memandu kereta masa tu tetiba jer ngantuk berhentilah untuk tidur dulu, jangan nak paksa diri nak pandu nanti macam-macam leh jadi di tengah jalan tu. Apa-apa pun ingat orang tersayang ok!

Saya pun akan pulang ke kampung halaman saya di Penang pada hari Jumaat ni. So bagi mereka yang akan pulang pada hari jumaat juga selamat berkonvoi bersama saya. Kalau jumpa saya di tengah-tengah jalan tu jangan malu-malu nak tegur ye!

Tips Kewangan

Kita sedia maklum bila musim perayaan menjelma saja, pelbagai barangan diturunkan harga sehingga jauh lebih rendah dari hari-hari biasa! Jadi anda sebagai pengguna haruslah membeli barang-barang yang perlu sahaja jangan terpengaruh dengan harga diskaun yang diberikan. Jangan nanti selepas berbelanja beli itu dan ini akhirnya bajet untuk bulan ini terganggu. Saya juga seorang yang suka berbelanja semasa musim perayaan tapi saya sentiasa berhemah! Jadi pesanan saya kepada anda, jadilah seorang pembeli dan pengguna yang berhemah. Belilah barangan yang perlu sahaja ok! Seperti biasa jangan lupa untuk menyimpan 10% dari pendapatan anda untuk simpanan hari tua anda!

Lepas menulis blog ni saya nak pergi ke ASB untuk tambahkan pelaburan saya. Jom sertai saya untuk melabur!

Leave a Reply