Jutawan Senyap, Aplikasi SmartBajet 1.0 !

Alhamdulilah, hari ni dapat kemaskini blog nih, hampir sebulan jugak saya tak dapat kemaskini blog nih. Semuanya disebabkan kesibukan saya dengan tugas harian dan sibuk mencari bahan2 yang menarik untuk tatapan pengunjung blog saya ni! Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam penulisan di blog ini.

Untuk pengetahuan semua pengunjung blog anda kini boleh berinteraksi dengan saya di laman paling ramai pengguna di dunia iaitu Facebook.com dengan membuat carian melalui email saya fairuzilyas@gmail.com. Jumpa anda di Facebook.com yeah!

Posting kali ini juga sangat istimewa kerana saya ingin menghadiahkan anda satu aplikasi istimewa yang dihasilkan oleh saya sendiri menggunakan Microsoft Excel. Aplikasi ini diberi nama SmartBajet 1.0(sengaja letak 1.0 sebab nih kali pertama saya menghasilkan aplikasi! hahahaha). Bagi semua pengunjung blog ini anda boleh mendownload secara PERCUMA! aplikasi ini di bawah post ini. So kalau dah percuma tu apa lagi download la cepat sebelum link server ni ada masalah! Hehehe

Walaupun dah lama tak kemaskini blog ni tetapi pasti ada projek yang istimewa dibuat oleh saya bagi dihadiahkan kepada semua pengunjung blog saya ini :-)! Aplikasi ini memudahkan anda dalam menguruskan Wang Masuk dan Wang Keluar anda setiap bulan agar tidak berlaku keciciran/kelupaan dalam anda membayar bil2 yang wajib dibayar dan bil2 yang perlu dibayar. Dalam aplikasi ini juga telah dimudahkan anda untuk melihat jumlah wang yang telah anda simpan setahun. Seperti saya katakan dalam penulisan saya sebelum ini, jika simpanan anda kurang dari 10% dari gaji anda setahun, anda sebenarnya berada dalam keadaan bahaya! Jadi aplikasi ini dihasilkan untuk membolehkan anda melihat secara jelas ke mana perbelanjaan wang yang anda dapat setiap bulan dialirkan!

Dalam masa tak sampai seminggu ni saya juga dapat abiskan satu naskhah buku istimewa dari Chef Li berjudul Menjejaki Jutawan Senyap(pinjam daripada kawan saya En. Khairul Bashas, thank!). So saya cadangkan kepada anda yang baru nak menceburi bidang perniagaan dan ingin mendapatkan motivasi yang akan meluap-luapkan impian anda untuk berniaga dapat buku ini pada harga yang berpatutan RM17.00. Memang susunkata yang digunakan dalam buku ini sangat mudah difahami dan sangat berkesan! Yang pastinya kejadian-kejadian yang ditulis dalam buku ini adalah kejadian sebenar yang dilalui sendiri oleh Chef Li dan pastinya selepas anda mengkhatamkan buku ini, semangat anda juga berkobar-kobar untuk menjadi seperti mereka! Jadi kepada anda yang hendak mendapatkan lagi pelbagai buku2 kewangan dan informasi pada harga yang cukup murah..
Jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 19 Mac 2010 - 28 Mac 2010 di PWTC.

Jumpa saya disana nanti ok! Saya pun ingin mencari lebih banyak buku-buku tentang kewangan dan motivasi. Kalau anda berjumpa dengan saya disana jangan lupa tegur ok..

Serangkap pantun yang dipetik dari buku penulisan Chef Li cukup istimewa untuk direnung-renungkan bersama..
Suka ilmu suka bertanya,
Mudah faham mudah diterima,
Lain orang lain caranya,
Namun usaha tetap utama!
Jadi untuk berjaya tanpa usaha adalah angan2 kosong yang tak mungkin terjadi. Jadi jika anda hendak berjaya jangan putus asa disebabkan beberapa perkara yang meritanginya sebaliknya teruskan usaha anda dengan giat insyaallah kejayaan pasti muncul!

Muat Turun Aplikasi SmartBajet 1.0 disini:
SmartBajet 1.0

Leave a Reply