Bagaimana Pengiraan Dividen ASB dibuat?

,
Seperti yang semua sedia maklum ASB adalah antara pelaburan yang kukuh di Malaysia yang dapat memberi pulangan yang cukup tinggi jika anda adalah salah seorang pelaburnya!

Tapi sebagai seorang pelabur di ASB adakah anda tahu bagaimana dividen ASB dikira? Disini saya akan menunjukkan bagaimana dividen ASB dikira iaitu dengan mengambil contoh kadar dividen yang telah diberikan pada tahun 2009. Pada tahun 2009 Amanah Saham Nasional Bhd telah mengumumkan untuk meberi dividen sebanyak 7.30% bagi semua pelaburnya. Tapi untuk memudahkan pengiraannya saya bundarkan kepada 7% sahaja d:-)!

Untuk makluman, kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan seterusnya didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Mari mulakan pengiraannya:

Ogos

- Masukkan RM500.00
- Keluarkan RM100.00
- Masukkan RM100.00
Baki Minimum: RM400.00

Walaupun anda sudah masukkan RM400, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan tersebut, baki minimum yang dikira ialah RM400.00, bukannya RM500.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan semula.

September

- Baki dari bulan Ogos RM500.00
- Masukkan RM300.00
Baki Minimum: RM500.00

Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM500 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM500.00, bukannya RM800.00

Oktober

- Baki dari bulan Ogos RM800.00
- Masukkan RM200.00
Baki Minimum: RM800.00

Meskipun RM200 telah dimasukkan tetapi RM800 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM800.00, bukannya RM1,000.00

November

- Baki dari bulan Oktober RM1,000.00
- Tiada kemasukan pelaburan baru
- Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM1,000.00
- Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah RM400 (Ogos) + RM500 (Sept) + RM800 (Okt) + RM1,000 (Nov) + RM1,000.00 (Dis)
= RM3,700 / 12 bulan X 0.07 (kadar dividen 7%)
= RM21.58

Pengiraan secara manual ini memang nampak agak rumit tapi di ASNB mereka telah mempunyai sistem berkomputer yang boleh mengira dividen itu secara automatik. Walaupun mudah dipihak ASNB tapi sebagai pelabur kita perlu tahu bagaimana pengiraan ini dibuat d:-).

19 komen:

Anonymous said...

salam,

bukan ke asb ada cut-off date? kalau tak silap pada 1hb setiap bulan. ada orang ckp kalau nk masukkan duit kast asb sebelum 31hb, nak kuarkan duit kat asb antara 9hb-30hb. alasannya utk make sure dividen tak terkacau setiap bulan dengan pengeluaran yg dibuat. mohon penjelasan

Fairuz Ilyas said...

Wsalam,
1. Ya cut-off date bagi ASB ialah 1hb setiap bulan.
2. Sebenarnya anggapan mengeluarkan duit pada 9hb-30hb tidak benar sekali pun. Kerana ASB hanya mengira baki terendah pada bulan itu jika anda keluarkan pada bila-bila masa tak kira dari awal 1-30 hari bulan baki terendah dalam akaun itu akan dikira.

Anda boleh menganggap bahawa perkhabaran itu adalah semata-mata khabar hanya untuk mengurangkan simpanan anda sahaja. Ingat pesanan saya:

Sekali anda telah menyimpan di ASB lupakan niat untuk mengeluarkannya pada semata-mata utk hal2 yang kecik. Jika kecemasan itu cerita yang lain di hari yg lain. :-) All the best!

Anonymous said...

bukan bahagi 5.....bahagi 12 tu

Fairuz Ilyas said...

Betul2 saya terlepas pandang.. bahagi 12! Thanks

F-H said...

Assalamu'alaikum,
artikel yang menarik,
dah lama nak cari pengiraan macam ni,
nak tanya pengiraan ni refer dari sumber yang betul/sahih ?

Anonymous said...

macam mana pula bonus dikira? Adakah, sebagai contoh 2 orang yang mempunyai baki yang sama pada 31 Dis akan mendapat bonus yang sama walaupun transaksi mereka berbeza dalam tahun itu?

Anonymous said...

bagaimana pula kalau dari bulan April sehingga bulan disember setiap bulan dimasukkan RM600 tiada pengeluaran langsung, pengiraannya?

yazid said...

cam mane nk buat supaya baki bulanan adalh pada kadar yg paling tinggi setiap bulan??

Fairuz Ilyas said...

F-H : Sumber yang sahih dan betul cuma berkomputer lebih cekap berbanding normal. Hehehe!(Sebab setiap sen pun dikira)

Yazid : Sebenarnya soklan tu ramai yang tanyakan saya, yang penting bagi saya bukan ketinggian pelaburan itu. Tetapi adakah kita melakukannya dengan konsisten atau x? itu ja! Mudahkan soal tinggi ke tidak itu no.2. Kalau sekali melabur tinggi pun tak guna jugak kalau setiap bulan pengeluarannya pun tinggi jugak! d:-)

April ke januari ke rasanya pengiraannya sama seperti diatas. Tak ada masalah..

me said...

salam,
contoh saya mempunyai simpanan 10k di asb jan hingga jun.. kemudian sy keluar 9k pada bulan julai.. dan masukkan semula 9k pada bulan november.. bagaimana pengiraan dividenya??

Fairuz Ilyas said...

Saya rasa tak ada bezanya, kiraannya sama sahaja seperti di atas! Buatkan seperti diatas jalan kiranya...

Anonymous said...

Assalammualaikum, fairuz

Dia kira sampai bulan 11 je ke? Kalu masukkan awal bulan 12 dia kira x?

Informasi yg bagus kt atas tu! Tq

zaigetsu said...

salam,
kalau saya masuk RM400 pada bulan disember 2011 dan tahun berikut 2012 saya masuk RM600 tiap2 bulan berapa akan dapat pada januari 2013.

Cik FaRiZaM said...

tk reti la nk wat kira kira.kalau kira jd pening.hehehehe~

Anonymous said...

http://myrakan.com/misc/kwsp.php

Nor Fakillah said...

tumpang tnye sikit,skrng dh bln 12 asb buad kire2 bile ek?kalo skrng nk buad pengeluaran bole lagi x?

Fairuz Ilyas said...

boleh saja x ada masalah nak buat pengeluaran.

Utk pengiraan dividen tahun ni, tunggu pengumuman dari ASNB

saifullah jaraih said...

saya baru tahun pertama melabur dan masukkan setiap bulan RM123.95. Camne tu? thanks...

Anonymous said...

Http://myrakan.com/misc/asb.php

Post a Comment