Catatkan perbelanjaan harian ANDA...

Sempat juga kemaskini walaupun sibuk dengan tugas harian! Pernah tak anda menghadapi situasi begini bila tengah bulan:
Alamak duit tak ada la, kemana aku belanja kan?
ataupun
Aku rasa bulan ni aku tak beli apa-apa pun tapi kemana wang aku pergi?
Hah.. tentu pernahkan? Saya juga sering menghadapi masalah itu dulu, tapi tidak sekarang! Sejak mempraktikkan teknik mencatatkan sebarang perbelanjaan harian saya, saya dapat mengawal perbelanjaan harian saya.

Tentu ada yang bertanya bagaimana nak mulakan, betul tak? Ok, mulai malam esok ambil sedikit masa(lebih kurang 15 minit) pada sebelah malamnya untuk mencatatkan segala perbelanjaan yang anda telah buat pada siang hari di atas sekeping kertas.. Seterusnya lakukan pada setiap hari, pada akhirnya anda akan dapat melihat ke mana wang anda dialirkan semasa anda menghadapi kekurangan wang pada pertengahan bulan nanti. Jadi anda tidak akan tertanya-tanya lagi seperti ibu kehilangan anaknya d:-)!

Mudahkan! Seterusnya apabila anda sudah mempunyai rekod perbelanjaan harian, untuk gaji anda pada bulan seterusnya anda perlu merancang perbelanjaan anda agar anda tidak terputus wang di pertengahan bulan! Tips pengurusan kewangan ini memang sangat efektif, saya dah amalkan sekarang giliran anda pula.

Tentu anda pernah dengar ungkapan ini “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

Jika perbelanjaan harian anda ialah RM10.00 sehari! Esok simpan 10% dari perbelanjaan harian anda di dalam tabung(belanjakan RM9 sahaja! Ada berani?).

3 komen:

  1. Salam saudara.
    Tahniah atas perkongsian ini. Rasanya 99% orang mengalami masalah yang sama untuk menguruskan perbelanjaan bulanan/harian. Belanja dulu baru simpan, hujung bulan gigit jari.
    http://www.perisiankewangan.com/index.php?ref=awlia80

    Awlia80

    ReplyDelete
  2. best la entry awak nie...saya mmg suke baca entry2 mcm nie.

    saya baru cuba.. tak sabar nak tgk hasilnya.
    coz saya seorang yg ada penyakit boros...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas pujian itu.. tapi mintak maaf la, buat masa ini saya masih tak sempat nak kemaskini blog dan berkongsi tips yg menarik dengan anda kerana kesuntukan masa dalam menguruskan kerja dan perniagaan. Doakan saya mempunyai lebih masa untuk mengemaskini semua entri ini pada masa akan datang in shaa Allah!

    ReplyDelete