Tetapkan 'deadline' bagi setiap matlamat!

Apa khabar semua pengunjung blog saya! Harap-harap semua dalam keadaaan sihat hendaknya. Lama benar saya tak menulis di blog ini, bukan tak mahu menulis lagi cuma kekurangan dari segi masa untuk menulis di blog ini, biasalah orang keja tak tentu masa ni memang tak boleh nak merancang sangat. Kalau merancang pun pasti ada yang akan terlepas pandang dari rancangan awal! Hehehe.

Bercakap pasal matlamat setahu saya semua orang mempunyai matlamat kecuali mereka yang memang tak mahu maju dalam hidup(Maaf! Terkasar bahasa sikit). Orang yang ingin maju sentiasa mempunyai matlamat untuk lebih maju dan lebih hebat pada masa akan datang. Kalau seseorang seperti anda telah mempunyai satu rumah mungkin pada masa akan datang anda akan bercita-cita untuk memiliki rumah kedua untuk dijadikan aset bagi disewakan untuk mendatangkan pulangan bulanan!

Menarikkan idea ini? Tapi adakah anda telah menetapkan tarikh terakhir(deadline) untuk anda miliki rumah kedua ini? Mungkin 'Ya' dan kebanyakan 'Tidak' kerana ramai orang di luar sana mengharapkan kepada nasib dan mungkin mengharapkan duit yang datang dari langit! Hahaha sedikit gurauan. Dengan meletakkan matlamat anda akan berusaha lebih kuat bagi merealisasikan matlamat itu. Ya mungkin deadline bagi memiliki rumah kedua tu diletakkan 10 tahun akan datang. Tapi tidak mengapa kerana anda sekarang mempunyai masa yang cukup panjang untuk meneruskan usaha anda itu, itukan suatu berita yang baik!

Tapi kalau saya tak dapat mencapainya macam mana? Mudah jer rancang sekali lagi dan tetapkan deadline tersebut! Tapi jika anda telah tetapkan matlamat saya pasti anda akan berusaha bersungguh untuk mencapainya tapi ingat matlamat itu haruslah ditulis dan dilekatkan supaya anda selalu dapat melihat matlamat ini. Jadi kesimpulannya matlamat yang realistik perlulah mempunyai perancangan dan deadline untuk anda mencapainya! Saya meletakkan tarikh untuk saya mencapai kebebasan kewangan saya pada tahun 2025! Lama sungguh tapi bagi saya masa itu cepat berlalu saya masih terasa seperti baru semalam saya berada di darjah satu!

Jadi tetapkan matlamat anda dan pastikan setiap matlamat itu boleh diukur dan boleh dicapai! Pasti kejayaan menanti anda di hujung sana.. d:-)

Leave a Reply