Kembali semula.. Ramadhan!

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Sudah lama rasanya saya tidak post ke sini. Semenjak puasa pertama lagi saya sedang sibuk menyiapkan sales letter untuk produk yang bakal saya jual. Memang banyak kerja juga nak kena fikirkan daripada khasiat produk tersebut, kandungan-kandungan produk tersebut dan juga perlu mengkaji keberkesanan produk itu. Rupanya banyak kerja juga la perlu dibuat jika nak berniaga ni. 1st time nak berniaga memang memenatkan tapi saya berpuas hati at last siap jugak sales letter saya. Mungkin tak semenarik usahawan2 internet yang lain tapi saya bangga dapat menyiapkan juga akhirnya sale letter tersebut! Yeah, Puas!

Lupakan hal produk tersebut! Mari kita tumpukan kepada Puasa kita. Wah hari ini saat saya menulis post ini dah masuk hari ke-12 semua umat islam di malaysia berpuasa. Alhamdulillah hampir separuh bulan kita dah tunaikan ibadah puasa. Rasanya dah tak sabar nak meraikan aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. Telefon bimbit saya juga beraya kerana saya tukarkan ringtones kepada lagu-lagu nostalgia hari raya! Hahahah, beraya sakan... Beraya tu beraya juga, Zakat Fitrah dah bayar? Jika belum tunaikan jom ikut saya tunaikan bersama-sama pada 31 Ogos nanti bersempena Hari Kebangsaan :-).

Sedikit pesanan saya kepada pengunjung2 blog saya yang beragama Islam khususnya. Bagi saya mengawal kewangan atau perbelanjaan adalah suatu perkara yang cukup baik! Tapi dalam hal bersedekah ataupun derma kita harus lebih ikhlas dan kalau kita mampu lebihkan sedikit dari bajet untuk makanan harian kita agar keikhlasan kita ini teruji sedikit. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, perbanyakan amalan menderma dan bersedekah ini. Sesungguhnya Allah tidak pernah meminta rezeki kepada kita malahan dialah yang memberi rezeki kepada kita jangan terlalu lokek untuk membuat kebajikan.

Dulu saya adalah orang yang cukup kedekut dalam bersedekah ini kerana pada pendapat saya, orang yang meminta sedekah cukup senang hidupnya dia hanya duduk hulurkan tangan ataupun tabung dah dapat duit! Sebaliknya saya terpaksa berkerja siang dan malam nak cari duit. Tapi lama-kelamaan sifat itu hilang sedikit demi sedikit setelah kita kenal apa itu erti keikhlasan sesungguhnya keikhlasan itulah yang menjadikan apa yang kita sedekahkan itu kembali sebagai rezeki yang berlipat ganda kepada kita. So kepada anda di luar sana jangan takut untuk menderma atau bersedekah. Ikhlaskan diri anda dalam menderma buang semua perkara negatif yang membelenggu diri anda. Setelah kita bersedekah anggapkan semua itu sebagai pelaburan untuk hari akhirat anda. Jika peminta sedekah itu adalah penipu macam mana? Serahkan semua perkara itu kepada Allah sebagai hamba Allah kita dah jalankan tanggungjawab sebagai hambanya didunia ini!

Berbelanjalah ikut kemampuan bukan kemahuan. Sempena hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi saya pasti ramai di antara akan akan keluar membeli baju raya yang baru! Memang best tetapi berbelanjalah ikut kemampuan disini ada 3 tip untuk dikongsikan bersama anda:
  1. Tetapkan berapa jumlah wang yang akan anda belanjakan untuk shoping raya.
  2. Rekodkan perbelanjaan anda agar tidak terlari dari bajet asal.
  3. Sentiasa ingat langkah pertama dan kedua! Mudahkan.
Jika anda mengikut ketiga-tiga langkah diatas hari raya pada tahun ini adalah raya terhebat bagi anda. Rasanya sampai di sini sahaja pesanan saya buat kali ini. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Kepada yang akan pulang ke kampung selamat pulang berhati-hati di jalan raya!
*Ucap selamat hari raya awal2 sebab takut sampai hari raya nanti saya x sempat nak kemaskini blog ni. Hehehe!

Leave a Reply