Sentiasa bermula dengan Pengakhiran!

Dalam 4 hari lagi kita akan merayakan Aidilfitri yang mulia. Tak sabar rasanya diri ini akan balik beraya bersama keluarga saya yang tercinta di Pulau Pinang. Alhamdulillah hari ini hari ke 26 kita berpuasa. Ramai di antara anda akan membayangkan keindahan beraya di kampung, begitu jugak saya.
Kenapa perasaan keterujaan ini hadir?
Kerana anda telah bermula memikirkan Pengakhiran yang hebat! Walaupun ramadhan masih berbaki 4 hari tetapi anda telah membayangkan raya tahun ini cukup meriah kerana:
  1. Kepulangan sanak-saudara yang jauh dan dekat seterusnya berjumpa di kampung.

  2. Dapat makan lemang,ketupat,dodol dan rendang.

  3. Kuih raya yang sedap-sedap.

  4. Baju raya yang cantik-cantik.

  5. Dapat beraya dengan kawan-kawan.
Semua itu adalah perkara-perkara yang paling seronok sempena hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Tetapi perkara-perkara itu mungkin terjadi dan ada yang mungkin hanya satu imaginasi hari raya sahaja, tapi kenyataannya anda akan tetap merayakan hari raya aidilfitri tahun ini walaupun salah satu diantara perkara diatas tidak terjadi kerana anda telah setkan dalam minda anda bahawa hari itu adalah hari raya. Mudahkan.

Stephen R. Covey ada menulis dalam bukunya berjudul The 7th Habits of Highly Effective People bahawa salah satu kebiasaan-kebiasaan(habits) orang-orang yang sangat berkesan ini adalah orang yang Begin with the end in mind (Bermula dengan penyudah di dalam minda) jadi jika anda mula bermula dengan pengakhiran yang baik di dalam minda anda insyaallah perkara-perkara yang positif yang ada di sekeliling anda akan tertarik kepada anda. Ya, mungkin ada perkara-perkara yang anda rancangkan tidak menjadi tapi tidak mengapa kerana anda masih berada di landasan yang baik utk teruskan impian anda. Sesuatu organisasi itu, tak kira besar atau kecik pasti mempunyai visi, misi dan objektif jika mahu berjaya dalam perniagaan atau pekerjaan. Kerana dengan mempunyai 3 perkara ini anda akan lebih fokus dalam melakukan tugas-tugas seharian anda oleh yang demikian anda dapat mengurangkan masa dari melakukan perkara-perkara yang tidak perlu atau perkara yang sia-sia.

Oleh itu jika anda ingin mula menyimpan duit anda mestilah membayangkan pengakhiran yang cukup hebat di dalam minda anda dan anda harus mempunyai visi, misi dan objektif anda bagi setiap simpanan anda. Ya, jika hari ini anda mula menyimpan duit sebanyak RM1 sehari anda harus membayangkan cukup 30hari(1bulan) saya pasti mempunyai simpanan berjumlah RM30.00. Itu pencapaian yang nyata dan mudah dikira. Oleh yang demikian anda harus fokus dan berdisiplin ketika membuat sesuatu dan saya pasti RM30.00 tadi akan berubah menjadi RM60, RM90, RM120 dan seterusnya jika anda terus melakukan tanpa leka. Tapi jika anda membayangkan bahawa menyimpan RM1 ini hanya membuang masa dan tidak memberi apa2 keuntungan setelah sebulan menyimpan, simpanan anda tadi akan mula menyusut dari RM30 kepada RM25,RM20,RM dan 0 tiada lagi apa untuk disimpan seterusnya anda akan kembali kepada sediakala "RM 0.00" simpanan.

Jadi untuk menjadikan simpanan ini satu tabiat yang berkesan anda harus sentiasa membayangkan pengakhiran yang baik dan positif supaya anda sentiasa mempunyai semangat untuk menyimpan tanpa rasa putus asa. Seperti juga anda membayangkan saat-saat anda beraya di kampung sempena hari raya! Seronok kan? Setakat ini jer buat kali ini tip yang dapat saya kongsikan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H! d:-)

Leave a Reply