1 Minggu = 1 Artikel

Pagi selasa yang cukup indah. Bangun tadi pagi terasa sejuk sangat2 macam berada di tanah tinggi Cameroon tapi saya kini berada di Putrajaya. Rasanya lama sudah saya tak post kat sini. Bukan tak mahu post lagi cuma saya kekurangan masa untuk postkan artikel baru di sini.

Alhamdulillah hari ini sempat jugak saya post satu artikel ke blog ini. Mulai bulan 12(Disember) nanti saya berjanji akan post sekurang-kurangnya 1 artikel setiap minggu. Jadi tak perlulah anda tertunggu-tunggu bilakah saya akan post artikel terkini tentang tips kewangan, perniagaan dan informasi d:-). Sekurang-kurangnya dalam masa sebulan 4 artikel akan saya kongsikan bersama anda.

Kepada mereka yang berada di sekitar Zon Tengah, iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan anda bolehlah mengunjungi Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism(MAHA) di MAEPS, Serdang untuk mendapatkan pelbagai idea perniagaan dalam bidang pertanian. MAHA berlangsung dari 26 November 2010 - 5 Disember 2010 jadi jom beramai-ramai ke MAHA 2010. Kepada anda yang berada di luar dari zon tengah pun, boleh saja datang masih ada seminggu lagi!

Kepada semua pengunjung blog saya jangan lupa temu janji kita yer! 1 Minggu = 1 Artikel. Insyaallah saya berjanji akan berkongsi segala ilmu yang saya dapat bersama anda. Jangan lupa tunggu tajuk artikel akan datang berjudul Pelaburan Harian!

Berguru dengan 3 ikon usahawan!
berguru dengan 3 ikon usahawan; Datuk Dr Maznah Hamid, Dr Irfan Khairi dan Abang Abu di Seminar Rahsia 3K, Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

1 komen:

  1. Abg Abu seorang penceramah yg simple tetapi mempunyai cara yang unik menyampaikan mesejnya.Isi ceramahnya memang berkualiti.Mesti hadiri bengkel ini untuk dapatkan pendedahan tentang prinsip keusahawanan.

    ReplyDelete