Pelaburan Harian!

Selamat Menyambut Tahun Baru, Awal Muharram 1432H. Bermula sahaja tahun baru pelbagai azam baru jugak dibuat tak kurang jugak ada yang masih berusaha meneruskan azam tahun lepas yang masih tidak tertunai. Saya adalah diantara jutaan manusia di luar sana yang jugak berazam untuk memperbaiki kehidupan ini dan berusaha ke arah Kejayaan, Kebahagian dan Kekayaan (Promo Seminar 3K).

Seperti yang saya janji sebelum ini saya akan menulis artikel tentang Pelaburan Harian!
Berapakah yang anda telah laburkan setiap hari kepada diri anda?
Kebiasaannya jawapan yang keluar adalah:
Entah, tak tahu!
atau lebih kurang macam ini
Ada ke macam tak ada ja!
Baiklah mari kita mulakan dari awal pagi anda bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Situasi ini saya ambil contoh dari individu yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur yang bekerja di Putrajaya.

Bangun pagi selepas sarapan! Terus bergerak dari rumah di Setiawangsa menggunakan kereta pada pukul 7:30 pagi, seterusnya masuk ke Lebuhraya MRR2 hingga tiba di Lebuhraya Sungai Besi Tol: RM 1.30(Pagi-pagi lagi anda telah melaburkan duit anda kepada orang lain. Ahakz!)

Seterusnya anda tiba di Putrajaya opis anda, rehat dalam 15 minit jam dah menunjukkan pukul 8:30 pagi anda mula bekerja. Tup-tap-tup-tap dah pukul 1 Tengah Hari, Lunch Time! Makan tengahari paling minimum RM7.50(Nasi Lauk Ayam, Sayur sedikit dan segelas Teh Ais) wang anda mengalir lagi ke poket orang lain d:-). Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Kembali bekerja seperti biasa hingga pukul 4 petang, rakan sepejabat anda ajak lepak minum teh di cafe. Belanja minum petang sekurang-sekurangnya segelas teh panas berharga RM1.20 (Duit anda menjadi milik orang lain lagi d:-)). Kemudian selepas setengah jam anda naik semula ke ofis sambung buat kerja hingga ke pukul 5.30 petang. Masa untuk balik ke rumah.

Anda pun mengemas meja di opis seterusnya turun ke basement ambil kereta dan memecut laju untuk mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Sungai Besi. Tiba di Lebuh Sungai Besi seperti biasa rutin harian bagi anda yang menggunakan lebuhraya ini, anda terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yg agak kronik sebelum anda tiba di kaunter tol. Sekali lagi anda perlu membayar tol RM1.30(Bayar lagi!) seterusnya anda menempuh 'jam' yang terlalu panjang di lebuhraya MRR2 sebelum anda tiba di rumah anda dengan penuh keletihan. Alhamdulilah sampai di rumah dengan selamat!

Mari kita kira berapa yang telah anda belanjakan seharian(tidak termasuk minyak kereta!)

Pelaburan Kepada Orang Lain: RM1.30 + RM7.50 + RM1.20 + RM1.30 = RM11.30

Pelaburan Untuk Diri Sendiri: RM 0

Ya, itulah sebenarnya pelaburan kepada diri anda setiap hari. Tidak ada sesen pun dilaburkan kepada diri anda. Jika anda sedang mengalami situasi ini mari kita ubah sama2.

Mulai esok hari anda harus berazam sebelum anda keluar ke tempat kerja masukkan RM1.00 ke dalam tabung simpanan anda. Seterusnya selepas balik kerja masukkan RM1.00 ke dalam tabung tersebut jadikan ia amalan setiap hari.

"Macam tol la plak!" Ada suara sumbang menjerit. Ingin saya bertanya kepada suara tersebut kenapa anda sanggup bersusah payah untuk bayar kepada orang lain(tol) tapi untuk diri sendiri anda selalu lupakan? Fikir-fikirkan!

Seterusnya lakukan selama setahun. "Ala lamanya!" ada suara sumbang yang lain bersuara. Biar saya diamkan dia dengan suatu kenyataan. Seorang ibu terpaksa mengandungkan anaknya selama 9 Bulan 10 Hari sebelum lahirnya seorang bayi yang cantik dan comel d:-). Itu baru lahir belum lagi usaha untuk membesarkannya.

Begitu jugak dengan pelaburan harian ini anda terpaksa menunggu 1 Tahun untuk menuai hasilnya. Mari kita kira berapa pelaburan yang telah anda buat jika anda mula melabur dari 1 Januari 2010 sehingga ke 31 Disember 2010. RM2.00 x 365 hari = RM 730.00. Banyak bukan? Hanya dengan melabur sebanyak RM2.00 sehari anda telah mempunyai sejumlah wang yang agak banyak di hujung tahun. Seterusnya pada hujung2 tahun ini tentu banyak duit yang diperlukan untuk beg sekolah, kasut sekolah, baju sekolah dan macam2 lagi untuk persediaan anak2 anda ke sekolah! Saya percaya duit RM730.00 ini dapat membantu anda!

Jadi kepada anda saya mengharapkan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan anda! d:-)


Leave a Reply