Kaizen dan Nota Jutawan!

Irfan Khairi

Alhamdulillah, hari ini sempat jugak saya post sesuatu di blog saya! Rasanya hampir 4 bulan saya tidak menulis apa-apa artikel tentang kewangan mahupun informasi di blog ini. Seperti yang saya janjikan 4 bulan lepas saya akan postkan artikel berkaitan Kaizen! Ya seperti semua sedia maklum Kaizen dalam bahasa jepun bermakna "perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit!" oleh yang demikian bermula hari ni saya akan postkan setiap hari satu Nota Jutawan : Nota Kewangan yang telah saya ambil dari buku penulisan saudara Irfan Khairi. Jadi kalau ada masa dalam 10 minit tu singgah-singgah lah ke blog saya ya! Jom kita baca nota jutawan yang pertama untuk hari ini!

Nota 1: Satu Jam Seminggu

Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa lama untuk memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.

Jom kira!
Berapa lama masa yang diambil oleh anda untuk memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?

Tanamkan tabiat mengambil sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk berhenti dan menyemak keadaan kewangan semasa. Ramai antara kita seakan-akan "malu" hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kerana "takut"(x rock la macam ni! d:-) kena la berani ok, cayalah!) melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mestilah meletakkan masa yang khas sekurang-kurangnya satu jam seminggu untuk melihat kewangan sendiri!

Selamat Beramal!

Leave a Reply