Nota 4: Capai financially free(Kewangan Mandiri)

Matlamat pertama anda adalah untuk menjadi financially free.. atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan sama sahaja. Ada juga antara kita tidak mahu menjadi jutawan. Kalau tidak mahu menjadi jutawan pun tidak mengapa, itu terpulang kepada individu.

Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan bermaksud pendapatan residual(pendapatan pasif) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain walaupun kita tidak perlu bekerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan kita.

Contoh:
Sekiranya kos sara hidup anda sekeluarga sebanyak RM2,000.00, anda perlu memiliki pendapatan pasif anda melebihi RM2,000.00 :

  1. Mungkin dalam pelaburan unit amanah anda mempunyai RM200,000.00. Ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM 1,600.00 sebulan

  2. Mungkin anda juga mempunyai dua buah rumah sewa. Sebuah rumah sewaannya sebanyak RM400. Maka, jika dua buah rumah sewa, pendapatan anda dalam sebulan adalah sebanyak RM800.

Dengan dua pendapatan pasif diatas, jumlah pendapatan menjadi RM2,400 sebulan. Dengan ini anda telah menjadi financially free kewangan mandiri atau bebas kewangan!

Anda tidak perlu bekerja lagi seumur hidup!
Capai bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!


Nota: Orang yang berpendapatan besar dan banyak tetapi hanya berkenderaan murah dan berumah seadanya. Itulah sebenarnya orang yang kaya!

Leave a Reply