Archive

Archive for May 2015

Asyik kongsi ilmu ja, nanti habislah ilmu aku!

Ini mungkin antara kenyataan yang mungkin kita pernah dengar:
“Tidak takut ke kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang tiru dan bersaing macam mana?!”
Jawapannya adalah, ilmu perniagaan, kewangan dan kejayaan tidak pernah habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan membantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan.Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Tetapi, tetapkan matlamat bahawa dengan ilmu dan wang yang anda ada dapat membantu orang lain berjaya bersama-sama anda.
Kata Imam Ali, ilmu akan selalu menjaga kita, sedangkan harta, kita yang harus menjaganya.
Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi - Ilmu dan pengalaman bukan sahaja menjaga kita malah boleh dikongsikan dengan orang lain untuk lebih berjaya!

Pengeluaran wang di ASB kena GST?

Assalammualaikum lama kita tidak bersua! Hampir 5 tahun satu perjalanan hidup yang agak lama. Alhamdulillah semuanya dilalui dengan hebat! Apa khabar semua pengunjung blog ini? Saya berharap semua dalam keadaan sihat, ceria dan hebat dalam kewangan. Dah tiba masanya saya kembali berblog demi memenuhi hobi saya d:).

Rata-rata hari ni ramai bercerita tentang GST, ramai diantara kita yang amat terkesan dengan GST termasuklah diri ini. Apapun tohmahan ataupun kecaman yang dibuat terhadap GST, ianya telah pun dilaksanakan. Pada hari ini 48 hari GST telah dilaksankan daripada merungut hentak kaki lebih baik kita belajar untuk memahami dan ambil tahu barangan apa yang tidak dikenakan GST dan mana yang dikenakan. Bagi saya sendiri semenjak GST dilaksanakan semua resit diteliti supaya penyelewengan tidak dilakukan, jika ada penyelewengan pasti laporan akan dibuat.

Ada yang agak ragu-ragu dengan pelaksanaan GST adakah setiap perkhidmatan dikenakan GST? Jadi pengeluaran di ASB, Bank dan lain-lain urusan bank adakah akan dikenakan GST? Saya sendiri ada membuat survey di beberapa bank dan pejabat ASB sendiri ternyata TIDAK dikenakan GST kecuali di ATM Maybank, sekiranya anda mengeluarkan wang anda melalui ATM lebih 4 kali dan ke atas, anda akan dikenakan 50sen + 3sen = 53sen. Sebagai pengguna tuan/puan ada hak untuk memilih bank yang lebih baik!(Rata-rata bank lain tidak mengenakan caj ini!). Saya amat bersyukur kerana pengeluaran di Amanah Saham Bumiputera tidak dikenakan GST. Jadi usah gusar tentang perkara ini ya. Anda oleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat ASB dan bank tanpa GST. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi ASNB http://www.asnb.com.my