Asyik kongsi ilmu ja, nanti habislah ilmu aku!

Ini mungkin antara kenyataan yang mungkin kita pernah dengar:
“Tidak takut ke kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang tiru dan bersaing macam mana?!”
Jawapannya adalah, ilmu perniagaan, kewangan dan kejayaan tidak pernah habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan membantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan.Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Tetapi, tetapkan matlamat bahawa dengan ilmu dan wang yang anda ada dapat membantu orang lain berjaya bersama-sama anda.
Kata Imam Ali, ilmu akan selalu menjaga kita, sedangkan harta, kita yang harus menjaganya.
Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi - Ilmu dan pengalaman bukan sahaja menjaga kita malah boleh dikongsikan dengan orang lain untuk lebih berjaya!

Leave a Reply